Hai cantik Hai hensem

My blog my story

Tuesday 31 July 2012

Aku Cinta Kau.


“hello sayang,saya tidak boleh lunch dengan awak hari ni. Sorry”

“tapi sayang awak dah janji kan?”

“sorry sangat sayang saya banyak kerja dekat office ni. Petang nanti saya jemput awak okay?”

“sudahlah riz awak memang pentingkan kerja awak je kan?”nada suara Sara agak kuat kedengaran.

“sekali lagi minta maaf. I Love You.”

Sara terus mematikan telefon bimbitnya. Hampa menyelubungi perasaanya. Tidak ingatkah dia hari ni hari jadi isterinya. Dia terus meninggalkan café dengn perasaan kecewa. Sara masuk ke dalam butik dengan muka masam mencuka. Zarina kehairanan pagi tadi bukan main ceria lagi sekarang ni monyok pula. Kalau hendak ditegur nanti kalau tersilap cakap lain pula jadinya nanti.

Jam sudah menunjukkan pukul lima petang sudah pun habis waktu pejabat. Sara keluar dari butik itu dan melihat kereta riz sudah terparkir di depan butik itu. Dia mengeluh. Perasaan kecewa masih ada di dalam hatinya. Riz memberi sejambak bunga ros putih kepada Sara. Sara mengambil bunga itu dan terus masuk ke dalam kereta. Berkerut dahi Riz apabila Sara membuat endah tidak endah kepadanya.

Dalam kereta mereka berdua senyap. Riz telah memberhentikan keretanya di sebuah taman. Terjongket dahi Sara apabila Riz membawanya ke tempat itu.
“kenapa awak bawa saya tempat ni?”

“saya nak luangkan sepenuh masa bersama awak sekarang yang telah saya korbankan tengah hari tadi.” Riz memandang tepat kearah isterinya. Sara hanya tersenyum manis.

Riz mengajaknya duduk di bawah pokok yang rendang dan dia memainkan gitar menyanyikan lagu untuk isterinya. Tiba-tiba Riz meminta diri untuk pergi ke kereta kerana ada barang yang tertinggal.

Setelah kembali di belakang isterinya,riz memegang sebuah kek ditemani oleh rakan-rakannya. Mereka menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Sara. Sara tergamam dan terkejut! Airmatanya menitis tatkala meniup lilin di kek tersebut. Riz mengajak sara untuk ke sebalik pokok besar itu kerana ada majlis meriah yang sediakan khas untuknya.

“Sara Happy Birthday.”ucap Mira kawan kolejnya dahulu.

“terima kasih mira.”sara tersenyum.

sara tidak menyangka riz sanggup buat majlis yang semeriah ini untuknya. Dia berjalan menuju ke tasik. Riz datang kearahnya lalu memeluknya dari belakang. Sara tersentak dengan kehadiran riz.
“sayang,thank you for everything.” Sara tersenyum mesra.

Riz melepaskan pelukannya. Dia memegang kedua belah pipi isterinya.

“siapa kata saya lupa? Inilah kerja yang saya buat. Kerja untuk mengembirakan awak sayang.”

Sara memeluk erat riz airmatanya mengalir. Riz melepaskan pelukan Sara dan mengesat airmata yang mengalir di pipinya sambil tersenyum.

“oh! Kejap eh saya ada something untuk awak.”

Sara menganggukan kepala. Riz kembali dengan membawa sebuah teddy bear yang besar. Sara terperanjat.

“nah special untuk awak, besar ni!”

Sara ketawa.

“terima kasih.”

Sara mencium pipi riz. Riz hanya ketawa.

“mereka pun dah nak balik itu. Jomlah balik dah petang sangat ni.”ujar Sara "yela."Riz memgang tangan Sara dan menuju ke kereta kemudian mereka bertolak pulang ke rumah.

Ya Allah,indahnya rumahtangga seperti ini.. saling menyayangi,memberi suprise. awak saya nak macam ini..boleh kan

saya nak keluarga bahagia,keluarga yang penuh gelak ketawa dengan suara budak-2..Tuhan berikan aku cinta. =")


No comments:

Post a Comment