Hai cantik Hai hensem

My blog my story

Thursday 27 December 2012

Aku Letih :'(

Awak,kenapa saya harus menangis lagi untuk sekian kalinya? Kenapa awak tak pernah bagi saya happy untuk awak? *tunduk
Awak,tahu tak saya penat dengan semua ni. Saya tahu bagi awak saya tiada apa-apa. Tapi,bagi saya awak segalanya. Awak tahu tak saya tak suka dengan semua ni,saya nak happy awak. Saya nak happy bersama awak? Awak benci saya? Awak bencilah awak. Awak bencilah sebanyak mana awak nak. Tapi saya akan tetap sayang sebanyak mana yang saya nak? Eh? awak saya tak pernah minta apa-apa dari awak. Saya mengalah awak. Saya mengalah *pandang bulan. Awak pun sama je macam ex-BFF saya kan? Nak jauhi juga dari saya? Saya tahu kita tak rapat. Tapi itu hanya luaran,tapi dalaman? Ada tak orang tau? Ada orang tau perasaan awak? Ada orang tau perasaan saya selama ni? ada ke?*lap airmata. Saya berangan,setiap kali saya menangis awak ada,awak tolong lapkan airmata saya. Awak tau kenapa saya jauhkan diri dari awak sekarang,because I Love You sayang. K,dulu saya cuba nafikan sekeras kerasnya yang saya langsung tiada perasaan kepada awak. Tapi awak nak tau? Selagi saya menafikan selagi itulah perasaan yang sama muncul. Kenapa? Kenapa saya harus jatuh cinta kepada orang macam awak. Awak ego! Itulah salah satu sifat awak! Kenapa saya harus mengalirkan airmata kepada orang yang tidak pernah menangis walaupun sekali untuk saya. Kenapa awak? *menjerit,baling bantal* If i cry a thousand Tears because of you,/.Ye, I know I'm stupid. Stupid because to cry for those who never appreciate me even as a friend. I'm an idiot, right?  I'm tired of crying,If you don't notice my tears. It's a waste of water. Saya tak sempurna untuk awak? Saya tahu itu awak.... *pandang bulan. 


Ya ALLAH, beratnya dugaan yang diturunkan kepadaku ini. Kau kuatkanlah hati ku ini menghadapi dugaan ini sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya bersendirian dan bukanla permintaanku setiap apa yang berlaku ini.. Tunjukkanlah jalanMu Ya ALLAH.. aku redha menghadapi dugaanMu ini.. Amin Amin Amin… In Shaa Allah

Assalamualaikum cinta,.. :)

Wednesday 26 December 2012

Lupa Kawan?

Assalamualaikum,and hey hey :'). Tak tau nape mood aku jadi tak menentu hari ini. hmm selalu macam ni. Sebenarnya aku tak nak dah macam ni tau tak! Tapi disebabkan seorang hamba Allah ni aku jadi nak meraung,menjerit pun ada. Sedihlah dia buat macam ni kat aku. Apa salah aku kat dia sampai dia lupa kawan? Aku ada buat salah kat kau ke weyh? Kalau aku ada buat salah kat kau,kau terus terang kat aku. Terus terang lah aku cakap,aku rindu kau,Rindu kau dulu. Dulu kau rapat gile kot dengan aku. Kita dah diibaratkan macam adik beradik. Tapi,asal kau macam ni*tunduk* . Aku tak tau apa salah aku sebenarnya sampai kau jauhkan diri dari aku. Sedih weyh kau buat aku macam ni. Dulu kau selalu tegur aku,aku tak berborak gila-gila dengan kau memang tak sah kan? Dulu kalau aku marah kau k kau sabar je kan? Kalau merajuk kau sabar pujuk aku. Aku tau perangai aku buatkan kau tak selesa. Aku manja kan? Mungkin kerana sifat aku macam keanakan-keanakan membuatkan kau    jadi macam ni kan? Kalau ni masalahnya,k kau terus terang dengan aku,aku cuba berubah. Aku benci kau buat aku macam orang bodoh. Kalau sekarang kau memang jarang nak mampus tegur aku,kalau kau tegur pun tanya benda penting. Sekarang aku yang tegur kau,tapi kau layan gitu-gitu jekan. Aku je macam orang bodoh cakap sorang-sorang. Kau just cakap."ok ok." oh wow!" takde pape pun" k kau tahu tak kau hantar macam tu buat aku sakit hati tau tak! Tapi aku sabar,mungkin kau cuba jaga perasan aku. Kau tau bile aku baca balek conservation kita dari atas hingga bawah. Aku rasa macam "eh? betul ke dye ni? Ya Allah lainnya kau yang dulu". Dulu aku tak banyak cakap tapi kau melebih. Kau buat ayat sweet-2 kat aku. Tapi bila aku tengok yang bawah. Aku rasa macam memang betul kau dah berubah bro. Aku sayangkan persahabatan ini tau tak,kalau dulu aku sanggup temankan  kau sampai tengah malam buta,even mata aku dah ngantuk gile. tapi aku sabar,aku sabar layan kau. Biarlah kau tidur dulu. Aku selalu nak jaga perasaan kau,tapi kau selalu tak faham aku. Kalau aku takde mood,mula kau merajuk. Alolololo aku pun layan kau sebab aku taknak kau kecil hati dengan aku. Sekarang ni,kau dah buat aku macam dah tak wujud dalam hidup kau kan? Mana kau yang dulu? Even aku selalu sakit hati dengan kau,aku tahan semua tu. Aku minta maaf andai kata kalau ada aku tengking tengking kau. Tapi,sumpah weyh. aku langsung takde niat. Mungkin aku tak sedar,. Okay,aku faham sekarang kau dah couple,kau mesti lebihkan awek kau dari kau kan? Tapi takkan kau nak jauh diri dari aku? Kite kawan kot? Asal kau tak boleh kongsi kebahagiaan kau kat aku,Weyh bro,aku pun pernah juga couple. Tapi aku ok je. Takut gf kau cemburu dengan aku? Takde masanya lah. Kau online? ada kau tegur macam dulu? Haram jadah,langsung takde,. Takkan aku juga kot? memang sah kau takkan layan punya kan? Aku tak hot macam kau. Kau ramai peminat. Tapi asal sampai lupa kawan bagai kan? Aku cuba tahan airmata aku,,aku selalu fikir positif kat kau."ouh maybe kau sibuk kan?" "Kau ada keje kan?" kadang kadang aku jadi penat nak pikir semua tu. Sampailah satu saat aku menangis kerana kau. Kau jahat weyh. Kau kejam. Yes kau jahat dan kejam. Kau lupa aku,kau lupa segala-galanya pasal aku. Dulu kau selalu bagi semangat kat aku. Sekarang mana? mana? Kau sombong! Kau sombong. *pandang tingkap,lap airmata. Tak layakkah aku untuk jadi penyokong kau dari belakang? K aku dengan kau jauh beza kan? aku tahu tu. Aku tak sebaik kau,perangai aku lain dengan perangai  kau. Atau sebab tu ke? *tunduk


Aku tak pernah minta pun tuk jadi macam ni,kau yang nak. Aku penat,aku penat. Aku penat dengan semua ni.Pasal kau,pasal kehidupan aku. Awak,sebab sayang awaklah saya lepaskan awak. Sebab saya sayangkan awaklah,saya rehda dengan persahabatan yang tiada penamat ni. Saya rela. Awak dah bahagia kan? Baguslah. Akhirnya awak bahagia even tanpa saya. Saya takkan lupa lawak bodoh awak tu. Hahahaha *lap airmata. Saya takkan lupa semua kenangan indah dan pahit. Biarlah saya yang ingat kenangan tu. Awak adalah kawan baik yang pernah saya jumpa. "Sayang abang banyak banyak." *hahaha rindunya nak panggil macam tu. :'( . Saya izikan awak pergi dalam hidup saya,duhai sahabat maafkan aku andai kata aku banyak melukai hatimu. Biarlah rindu datang menemaniku. Biarlah airmata yang menjadi sahabatku pada setiap malam. Aku rehda tak bereerti aku pasrah. Aku sayangkan kau tau bongok! 






Tuesday 25 December 2012

Dialah Teman Dialah Saudara

Aloha,Assalamualaikum,Asal hujan tak berenti dari tadi ni? Nak mandi pun pikir 10 kali. ececece.so keje aku mengadap komputer. Online and menyanyi sorang-2 di depan komputer. Biarlah adik aku kata aku tak betul. *asah parang. 

Alolololo comel je adik manis tu,K tu maksudnya entry aku yang sebenarnya. Aku nak story sikit tentang kembar tak seiras aku ni. Kami ni dah macam belangkas asal balik kampung tak sah kalau tak berkempit. Memang nak kena berkempit je. Sampai ada orang jeles? Sapa suruh kau jeles? *kunyah obama. 


Atototo,comel tak? Tau dah. Pendek ni memang lah comel . Tapi aku lagi comel dari dye kot. Hahahaha x)

Meh nak intro sikit

Nama:Nurul Syafiqah bt Suhaimi

Umur:12 tahun

T.Tinggal: Kuala Terengganu

Fav color:Purple,that's why aku tukar nama tu jadi purple. x)

Dia ni anak sulung dari tiga orang adik beradik. K perbezaan umur aku dengan dia 2 tahun je kot?. Dia adalah buddyz kesayangan aku. Dia ni memang hantu korea kot. Belake minat korea. Tapi aku tak dah. Saya directioner. ehehehehee. Kami ialah sepupu yang paling kuat berangan. Segala benda nak berangan. Muahahahaha. Kita juga pantang jumpa camera. Kalau enset yang ada kamera pun kiteorang redah je. Well. Btw dia ni pendek woo dripada aku. Hahaha.Terasa juga aku ni tinggi. *gelak adudu. Kami manja kami takkan terpisah. Jangan risau budak pendek ni friendly orangnya. Sometimes aku tak faham juga loghat dia. Yela,manalah aku tau sangat loghat ganu ni. Kalau dia nak minta tolong mesti suruh aku, sayang, aku terima dengan tangan terbuka. Wakakakaka *sorok belakang Niall. :* Btw Thank tau sebab buat entry pasal saya. Huh! Terasa pulak den. Imissyoualways :*

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.” 



Monday 24 December 2012

Kenangan Pahit Biarlah Berlalu Pergi..

Helo,*Lambai tangan. Assalamualaikum. Harini aku dah sihat sikit? Sihat? Aku sakit ke? hmm.. Sihat daripada hati yang terguris untuk sekian lama. Mungkin kita tak selamanya lemah,adakalanya kita kuat. Adakalanya kita bangkit,adakalanya kita jatuh. Kehidupan.. Orang kata diibaratkan roda kadang kadang kita akan jatuh ke bawah dalam keadaan terkapai kapai,kadang kadang kita bangkit dengan semangat baru.Mungkin dulu aku jatuh tanpa sebarang sokongan,tapi aku yakin aku bangkit dengan semangat. Biarlah yang pahit itu pergi,biarlah hati yang terluka ini pulih. Aku penat. Aku penat untuk melalui saat pahit dalam kehidupan. Tahun baru mestilah azam baru kan? Tiada guna nak ingat semua yang telah berlalu. Tak ada guna aku nak ingat orang pernah buat hati aku seksa. Buatapa? Nak buat kolam airmata lagi? Bodoh kan? Mungkin sekarang aku kehilangan. Tetapi,azam baru mesti semangat baru,perubahan yang baru. K nak tau apa azam aku,of courselah nak cemerlang kan? takkan taknak pula kan? Hahaha pecah perut aku gelak,kalau aku ingat kata kata mak aku,"Kalau dapat 7A atau 8A,ma bawa pergi Hawai." Tersembur air aku minum air. haha tak sia sia aku belajar bahasa Hawai selama ni kan? 

In Shaa Allah,Aku akan buktikan ! 


Hawaii,Aku Datang!

Semangat Baru?

Cerita pasal semangat baru ni kan,seperti apa yang dinyatakan diatas tadilah,Kenangan Pahit Biarlah Berlalu Pergi*boleh buat filem lagi* Aku kena bangkit,takkan nak jatuh je kan? Biarlah apa yang berlaku mengajar aku erti tidak putus asa. Tiada yang sempurna atas muka ini,Semangat yang sudah hilang mungkin boleh diganti dengan semangat yang lebih kental. In shaa Allah. Aku akan lupakannya..Amin :')


Perubahan Baru?

Perubahan baru? kk Mungkin aku harus kot buat perubahan yang baru,tapi perangai aku yang gila gila tu,sorilah memang takboleh tinggalkan. Well,you know me? ha? Daa *tangan didada .dari segi sikap malas aku ni. seriusly masa form 2 ni,memang aku malas tahap gaban . bolehlah tu.. Aku memang malas nak belajar that's whylah result aku asyik turun naik,lepas tu turun terus. *gelak adudu. yelah mana taknya time belajar main pensel lah,lukislah,beranganlah. Time tu juga yang nak dibuatnya. Paling aku benci sekali bila time math. Sumpah aku rasa macam nak ponteng je kelas tu.tapi nak camne aku budak baik kan? so next year kena improvelah math aku ni . omaigad! boleh ke? in shaa Allah boleh. tapi next year memang aku kena study hard pun. okay ira ! Study,study,study!!!! :'(




Memang molek sangat kan? haha. Apapun. Wish Luck For Me :')

Saturday 22 December 2012

Release Tension

Aloha,Assalamualaikum :) .tup tup nak bukak sekolah dah. alohhh Najib,mohon cuti lagi  3 bulan please :'( .ehehehehehe. orait . Tension! Tension ! Tension !. Serabut sangat kepala otak aku ni. bermacam macam aku fikir. sampai airmata ni dah kering dah *lap airmata. Bencilah macam ni. *hentak kaki. Harini aku stres sangat . macam macam masalah yang timbul. itulah inilah. Masalah pergi jauh jauh boleh tak. Saya taknak awak! Saya nak Niall je. Lol tukar topik suda. btw Niall comey.aumm. back of the story| 

Nak dijadikan cerita,aku punyalah stres kebiasaannya aku cerita kat kawan kawan aku.Tapi haram sorang pun taktau kat mana. buzy kot. Okay cakap pasal "Buzy" yes! semua sombong dan"Buzy" sangat harini. Omaigadd.. Beli barang sekolah ke? Alolololo. Seharian aku tak online. Tension k,Fb semua sombong,twitter tak yah nak cakap lah. Bunyi katak dengan cengkerik je. -.-. So aku duduklah termenung di depan pintu sambil memikirkan perkara yang erghh.serius annoying! *menjerit* Termenung punya termenung tetiba muncul satu idea yang bernas. Tingg*keluar mentol atas kepala. Aku ajak lah adik aku main permainan masa aku zaman kecik dulu. Main baling selipar lah,konda kondi lah. Main kejar kejarlah. Hahaha penat tapi best.okay itu berkesan untuk aku. Yay dapat lupakan masalah. yuhuuu..

*dan dan je  aku ambil gambar tu,same kot.*gelak adudu
Penat giler kay,haha tak sangka dapat jadi budak-budak balik. Pergilah dapur untuk mengambil segelas air*ececece Bm gua power k* tengah minum sempat lagi termenung,bukan pasal masalah ke ape,tapi pasal seseorang. Omaigad omaigad.*Double what*sambil buat tangan macam Geng Wow gitu* takkanlah aku Terfikir pasal dia kot. Oh no,dia dah sombong kot dengan aku,tegur aku pun sekali sekala. Hati,pleaselah janganlah kau cakap yang aku suka dia,Tak mungkin,! :O. Aku tengah tension janganlah sampai aku lagi serabut pasal dia. Dia buat aku macam anak patung je*lap airmata. Takpelah manusia kan boleh berubah. :)

Harap hari esok lebih baik dari harini,:') Selamat malam*dah pukul 12 pun :D

Friday 14 December 2012

Siapa aku kepada mereka?

Assalamualaikum,tak tahu kenapa aku sedih je arini,Rindu kot. Kat siapa? Okay aku rindu,Ayu ,aku rindu,Jah,aku rindu akim,aku rindu aiman,aku fatin. aku rindu semuanya. Ya Allah,rindunya aku.. Korang tau aku selalu mimpi korang. Korang tau tak?*menjerit. Korang takkan tahu ! korang takkan tahu semua tu.Aku rindu kenangan yang dulu. Korang ingat tak,masa bulan puasa kita curi curi minum air tebu.hahaha Ayu lah yang paling pelahap sekali,sampai habis satu jag...aiyokk,lepas je sahur kita main kat luar.. Aku ingat lagi,pukul 7 pagi kita terus main . pepagi buta tu beb..annoy kan kita? nakal kan kita? Korang ingat tak,kita selalu cerita hantu. hahaha .kita pasal rumah mok. yang berhantu.pasal sejarah rumah tu,sampaikan kita menangis bila terkenangkan semua tu,dulu kita selalu sama sama kan? tidur sama ,makan sama.kalau boleh mandi pun nak sama. Kita selalu lepak atas bukit. best kan? Masa salah sorang dari kita nangis. Mesti ada je menyokong. "Sabar ,k sabar". Kalau sorang susah,pasti semuanya susah. Kita buddyz takkan terpisah :) . Kalau aku tengah nangis,korang ada.

Tapi kan itu dulu *ulang suara*Itu dulu!!

Sekarang,siapa lagi nak macam tu? kalau aku tengah nangis,aku nak mengadu kat sape? Aku selalu berharap bila aku menangis,kawan kawan aku ada,korang ada. Aku nak korang peluk aku. Korang pujuk aku.Tapi itu semua kawan-kawan aku yang buat. Aku menangis diorang ada,diorang peluk aku,diorang pujuk aku. Aku tahu aku menjadi sangat lemah bila aku takde sesiapa. Aku tak kuat weyh/.. Masa korang tinggalkan aku. Aku tak kuat. Korang jauhkan aku? Kenapa? sebab ada orang ketiga! kan! korang cakap. cakap lah,korang ada pengganti aku ! Bila aku dengan kawan-kawan aku,bila dorang menyokong aku,aku tenang,aku kuat! Aku lupakan korang. Tapi sampai bila? sampai bila weyh? Korang ingat tak,kita selalu ketawa sama-sama. sekarang? "pengganti aku tu gantikan aku! Sampai hati korang kan? Ayu,Faizah a.k.a jah. korang jahat kan? Korang tinggal aku dalam keadaan terkapai kapai,Korang jahat !!!!!!!! *lap airmata


I'm alone without you guys :(

Dear Friend,Tiqah,Zati,Najwa,Fatiha. Please jangan tinggalkan aku. Aku perlukan korang untuk menyokong aku. Aku tahu aku tak kuat macam korang. Korang kuat korang tabah. Izinkan aku untuk tenggelam dalam pelukan korang,untuk menangis di bahu korang,untuk ketawa dengan korang,untuk bergurau dengan korang. Izikan aku. Andai saja kita terpisah,biarlah hati yang menguatkan perhubungan kita. Korang selalu ada untuk aku. Izzati kata aku kuat? Aku tabah? Zati,aku minta maaf,aku tipu! Tanpa korang,aku tak kuat ! Korang mesti tahu Aku Sayang Korang banyak banyak!

Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah,kau kuatlah hati kami,kau kuatkanlah hubungan kami. Mungkin pelbagai dugaan yang kau berikan,mungkin pelbagai cabaran yang kau berikan. Kami jalani dengan tabah. Kami tempuhi dengan ikhlas. Ya rabbi, Kau restukanlah persahabatan ini. Amin Ya rabbal Al alamin

Bila kau pergi jauh
ingatlah aku
Bila kau di sampingku
Peluklah tubuhmu

Bila kau rindu aku
Panggil namaku
Ku datang menemuimu

Kau pegang erat tanganku
Jangan lepaskan
Kau tetap disini
Arungi malam

“Jadilah seperti Patrick yang selalu menerima & menemani SpongeBob apa adanya bukan ada apanya.” 

Saturday 1 December 2012

Mendung kan berganti

Assalamualaikum,ehem ehem,dah hampir sebulan kan awak tak jumpa awak. secara jujur awak,saya rindu segala galanya tentang awak. see? rindu nak tengok "dimples" kamu? mana awak mana? *jeling. alaaaa..hmmmm.. awak secara jujurnya saya cakap sebelum kita tamat persekolahan sesi 2012. saya dah buat keputusan saya nak lupakan awak.. haha apalah kau ira kau cakap je pandai. hati ni nak ke terima apa yang kau cakap ? nak nak nak? hmmm . 5 bulan awak . ulang suara ! 5 BULAN. saya tunggu awak. tunggu cinta awak . okay jom kita lihat hasilnya.... TIADA KAN AWAK ?? apa yang saya dapat selama 5 bulan. cukup saya melawan kata kawan-2 saya. sometimes saya fikir. "Cinta itu akan hadir satu hari nanti . " ouh statment yang mengarut . hmm . depan kawan saya selalu ketawa. Like this 

Whoaaa tengok senyuman adik manis itu. omey tak.. hahahhaha.. Fake Smile je tu.. :3

Macam itulah saya bila berdepan dengan kawan kawan saya. Tapi di belakang diorang ? Like This



Haa tengok ? Tak tahu kenapa. :(  
Cuba tengok tajuk kat atas "Mendung kan Berganti" nak tahu kenapa ? Sesudah hujan pasti akan muncul sang matahari yang menyinari hari hari kita pasti akan muncul sang pelangi yang mencorakkan jalur jalur yang indah. Begitu juga kehidupan,penderitaan pasti akan berganti dengan kegembiraan. Mendung tidak semestinya selamanya. Mendung kan berganti.Mungkin saya hari ini Allah beri saya kekecewaan . Mungkin satu saat nanti Allah hantar orang yang terbaik untuk ganti kecewa itu dengan senyuman. Jodoh itu adalah rahsia-Nya. Ouh awak tahu haritu saya stalker fb awak. *hari hari tau* Nampaknya mendung awak pun kan berganti kan ? Mungkin ada orang yang jadi Matahari untuk menyinari hati awak dan menjadi pelangi untuk mencorakkan jalur jalur bahagia dalam hati awak.Wah ! Tahniah Tahniah *tepuk tangan :') Semoga Bahagia ye Awak. Kita selamanya kawan. Sayang awak sekadar kawan sudah memadai.  Wassalam.

Wednesday 31 October 2012

Bermimpi bersamamu

Assalamualaikum,fuh..fuh berhabuk blog ni..berbulan kot tak bukak..biasalah buzy gila. next year dah PMR *ulang suara* PMR.perghh makin berhabuk aku rasa blog ni.kuang kuang kuangg.stress gila ah.dah ah math fail.aku benciii kau math.pergi jauh-jauh..syuhhh..okay lari tajuk dah kan.okay lupakan pasal sekolah,buku or watever. malas nak serabutkan kepala otak aku ni.
Next Story~~
Aku betul-2 tak faham dah empat kali aku mimpi pasal dia je.Asal dengan aku ni woi .*hentak kaki*

Mimpi #1
*  Aku pergi jejalan dengan member aku. aku sendri tak ingat sape.hoho lama dah.okay kiteorang pergi kat bus stop.eh? tetiba je dia masuk dalam mimpi aku.cun je duduk  atas palang kat bus stop tu. okay aku buat bodo je.then member dia bisik kat dia. *aku tak tahu apa yang diorang cakap.then tetiba dia cakap
"Aku memang suka dia,tapi aku tak tahu macam mana nak cakap ." kuat woi suara kau.then time aku rasa macam berdebar sebab dia pandang aku. last-2 aku terbangun. oh shittttt..tergantung siot.*


Mimpi #2
* Mimpi kedua aku duk dalam kelas. indah gila rasanya..dalam mimpi aku dapat buli dia. tarik rambut dia. tarik hidung dia. then yang paling best aku dapat ketuk kepala dia.haha dia pun main gelak-gelak mesra je.tapi yang peliknye takde sorang pun dalam kelas tu yang peduli.hoho biar ah.asalkan bahagia..kuang kuang kuang.*

Mimpi #3
* ini pun dalam kelas,yang ni biasa je.aku tengah kelam kabut buat homework,dia pergi mengusik aku dari belakang. Main jerkah-2 aku..geram rasanya. tak dapat kerja dia.sebab mimpi tu tiba-2 tergantung sebab bunyi alarm. hmmmm

Mimpi #4
* Mimpi ni aku pun tak tahu,pening kepala memikirkannya. okay aku ada dijemput pada satu event. tapi aku tak ingat event apa? tapi event tu memang penting. macam impian aku. macamtuhlah. and then pada masa yang sama si dia menjemput aku dan member-2 yang lain pergi makan-2 rumah dia. tapi benda tu tak lah penting sangat.sebab taknak pergi pun takpe. yang peliknya aku sanggup tak pergi event tu semata-mata mahu pergi umah dia.  hal yang penting sanggup ketepikan semata-mata nak jumpa dengan dia. oh shit ! aku tak tahu kenapa. * 


Ya Allah,apa sebalik semua itu. aku berharap itu petanda yang baik. Amin.

dear MI,ini saya sayangkan awak. saya yakin ini bukan mainan tidur.saya mimpi tentang awak dan 4 kali. 4 kali saya mimpi indah tentang awak. iloveyouuuuu 



Wednesday 5 September 2012

Penat untuk berharap lagi.

Hai assalamualaikum,penat harinie,balik sekolah campak beg,mandi,makan,trus terlentang atas sofa.aku tidur aku dapat lupakan sakit hati aku. kenapalah dia buat lagi. hang ikhlas tak ni. hang tau aku cembru. (kan dah masuk loghat kedah) kau main surat-2 dalam lab kau ingat aku tak nampak ke sayang,aku duk belakang kau je. aku mengaku sesangat jujur ikhlas dari lubuk hati aku paling dalam aku cemburu sayang.   awak tak faham ke hati saya sakit. ouh ! saya lupa saya tak pernah tunjuk yang saya sedang menangis. dulu awak macam ni sekrang awak macam  ni lagi. saya penat tau berharap .kat sekolah tadi awak usha-2 kawan saya. kay saya sabar . sabar dan sabr. then saya perasan lah juga awak selalu pandang belakang. eh ? awak pandang saya or kawan sebelah saya. Jangan Pandang Belakang. haha. tadi awak kena denda sebab masuk lewat.haha padan muka .wekk. =p  .cikgu suruh panggil nama yang layak masuk ke kelas.(ada pulak macam tu) k first taqwa,semua mentions nama nisa haha. kantoi semua orang tahu kau suka taqwa.kihkihkih.second fikri .then kau.semua pandang aku semua mentions nama aku.aiyoo malu aku wooo.. "k cikgu tanya,"nak bagi ke taknak." aku yang tengah buat kerja terpaksa mengangguk.eleyh kes kasihan kat kau. its okay takpe.tapi aku sedih sebab aku baru dapat tahu kakak kau dah pindah. k sedih k sedih. kau selalu buat aku jeles,tapi aku selalu tak reti nak balas balik,then kat makmal kimia aku try buat kau jeles.ceh kononnya lah kan. aku cakap kat izzati yang ada budak laki blablalbla hensem +comeyy giler.. agak kuat suara aku.tapi aku tak pandang pun kau.aku tak sanggup.kihkihkih. saya tahu saya siapa. saya faham awak. tapi awak yang tak faham saya. sometimes saya cuba tak peduli pasal awak.tapi saya tak boleh laaaah.ehish ! awak mudah rapat dengan perempuan.saya cemburu sebab saya sayangkan awak. tahap kesabaran saya dah tahap maksimum,saya penat apa yang awak kisah,saya tak pernah beritahu,saya tak pernah mengedik depan awak.bila diorang ejek saya dengan awak,saya diam !  saya tahu saya salah sebab saya terlalu mengharap.mengharap cinta awak. saya bodoh. ! okay bye. iloveyouuuuu :* awak curang,saya pun curang. kihkihkih.k gurau .muahhh .LOL

Hati saya selalu terluka.
saya ketawa,saya gelak,saya buat lawak bodoh saya ingatkan ia akan mengembirakan hati saya,ternyata ia pedih awak. =) .hati saya pedih tapi saya cuba tersenyum,saya rehda kalau awak bukan jodoh saya. jodoh itu rahsia Allah,biarlah Allah yang menentapkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday 17 August 2012

3 perkataan I Love You =)

Hai,assalamualaikum . rindu orang yang dah tak sayang kite dah yang dah tak semesra dulu dengan kite. rindu sangat .dahlah awak saya taknaklah macam nie..buang yang keruh ambil yang jernih.pergi mampus lah perempuan itu. dia takda hak pun. siapa dia nak halang.dia malaikat eh ? eh bukan kan. saya nak kita"berkawan"ouh i mean kawan sekelas. sekarang niie saya dah macam tak sanggup sangat berdepan dengan awak.tatap wajah hensem awak hari-hari. kita saling membenci.saya rindu awak yang dulu.sometimes bila saya tengok awak dengan girl lain,ya Allah awak hanya tuhan je yang tahu betapa rapuhnya hati saya. awak benci saya .................... awak tak sayang saya dah..awak dah tak usik saya................ saya nak awak yang dulu!!!!!!!!*menjerit * even kite berkawan je. tolonglah awak jangan macam. hari raya dah nak dekat kan. kenapa dengan perempuan itu.kenapa dia nak menyakiti hati saya dengan awak ? kenapa ! kenapa dia kacau bilaukan perasaan orang ! kenapa awak ? kenapa ! saya sedih awak semuanya berubah . pap ! sekelip mata je. saya dah macam tak kenal awak siapa. remember it,jantung saya berdebar bila jumpa awak. hati saya selalu degil untuk berkata 3 perkataan yang indah untuk awak. hati selalu nak cakap " I Love You awak."sekarang adakah hati saya degil macam dulu lagi.ataupun hati sudah berkata "sayang, I Hate You.' 3 perkataan yang tidak disukai. kalau awak saya dah dapat meneka hati awak berkata apa.


sekarang satu je saya minta dari awak, Leave Me Alone ! saya dah tak sanggup. nak menagih cinta yang sia-sia daripada awak. awak adalah orang paling mustahil yang untuk saya dapat. Jodoh saya bukan dengan awak. insya-Allah jodoh awak dengan dia. Amin. Cinta yang kubina dalam hati kian hancur dimusnahkan olehmu,sayangku kau adalah memori yang terindah. saat kau berjenaka denganku. Terima kasih kerna dahulu kau menceriakan hidupku. andai kau tahu aku cuba untuk menghapuskan memori itu. setiap kali aku pejamkan mataku memori indah itu lah yang selalu muncul. bermimpi denganmu sudah membuatku tenang, melepaskan rinduku kepadamu. yang terakhir buatku Selamat Tinggal Cinta Hatiku. Semoga kau berbahagia. Semoga kau selalu tersenyum. hapuskan segala airmatamu. Ku tetap tersenyum khas buatmu. =D

Thursday 16 August 2012

Awak,saya nak ucap Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum awak,semalam last day saya jumpa awak,(kat sekolah) oke awak masuk khatam al-quran .pagi saya datang sekolah then pergi kat tiqah dan fatiha,then dia cakap"weiyh,cuba teka dia pakai baju apa ?" okay aku blurr fatiha cakap "cuba tengok tu." aku pandang lah kau ! oh maiii kau berbaju melayu biru laut gitulah.. Ya Allah,comelnyaaa kauuu..sumpah saya melting tengok awak.. saya tak tipu.
sejak dari perhimpunan hingga masuk ke surau oh mai mata nie degil betul asyik nak pandang je dia. oke duduk dekat izzati.saya dengar je awak mengaji. sumpah awak suara awak merdu sangat awak. nisa pandang aku.ha ? aku blur cuba cover hehehe,lepas sesi pertama masuk kelas sambung exam,,masa kat kelas erm oke cuba cover taknak tengok wajah ketampanan awak tu,.. nasib awak duk belakang saya duduk depan.yeah.oke before exam bermule diorang suruh study last minit kejap. ah ! sumpah aku tak boleh fokus.sebab aku nampak kau tersenyum-senyum nampak terserlah lesung pipit omey kau sayang. comelllllll.fine aku cover lagi malu. last day sekolalh abis je math 1 terus g surau bingkisan aidilfiri ak tengok kau duduk dekat aku. oh yeah aku boleh pandang kau. hehee tapi tak boleh sangat sebab kau ada dekat dengan aku. then aku salam dengan kakak kau.dupdapdupdap berdebar doe. hehehehe dan finally last aku tengok kau kat astaka. last aku nak ucap selamat hari raya. aku tak sanggup nak tengok kita bermasam muka. tak sanggup awak. takpelah..kehendak masing-masing kita boleh nak paksa. bye assalamualaikum.

Monday 13 August 2012

13/8/2012


Hello,aku happyyy sangat arini..happy weyh kenapa dengan 13/8/2012 tarikh itu aku nak melupakan segala-galanya bagi dia. biarlah moments yang indah itu berlalu pergi.itu dah takdir kita tak boleh nak mengubah. Ya Allah terima kasih sangat kau makbulkan 13/8 itu aku gembira sangat aku happy sangat eh tadi exam pergh stress kay hahaha takpa ....sejarah kau nie memang annyoning doe susah gile satu kepala je dengan khb..hahaha okay esok exam bi pula stres tol ah.. aku mudah touching sikit ececece. okay aku ,malas nak menulis banyak-2 almaklumlah nak berbuka kene ada feel sikit. hihi malam karang nak jadi kanak-2 ribena..horaay main bunga api.! kau hado sayang? hahaha bye stop loving you . =D


awak,saya boleh tersenyum kembali. terima kasih untuk segalanya.hehe

Saturday 11 August 2012

Hm...

Assalamualaikum,hmmm kenapa sekarang hari-hari yang aku lalui berbeza macam dulu. sedih je . marah je..sorry siapa yang kena maki sampai takut nak tegur aku ! aku mintak maaf. kerana dia . aku menangis kerana dia. aku mengaku wak aku sayangkan kau jejaka lesung pipit.semua tanya aku ? "are you still love him?" yes ! aku sayangkan dia,aku rindukan MI . Tetapi kejadian tu,aku tak tahu adakah aku masih mencintai kau. hati aku sakit sangat sayang. sakit sangat . aku terseksa untuk sembunyikan airmata daripada siblings aku,parents aku,member aku. tadi yogi balik. ya allah,gembira sangat dia cari aboy.sori yogi aboy dah beberapa hari tinggalkan awak. awak ada kite lagi lah...kite sayangkan awak lebih daripada kite sayangkan si pendek tu..yogi happykan kite kay.. iloveyouuuuuuuuuuuuuuuu hihih. dear M I hope kau happy okay,13/8/2012 insyaAllah aku cuba sedaya upaya untuk hapuskan airmata aku,lupakan kau. sorry sebab selalu pandang kau. sorry sebab selalu buat kau marah. sorry sebab aku kutuk kau pendek,aku suka buat kau marah muka nampak awesome sangat. awak senyum okay.aku nak tengok kau senyum ketawa bergurau even cikgu cakap kau "banyak mulut." hahaha tersipu-sipu malu dia. terserlah lesung pipitmu sayang. buat kali terakhir daripadaku,semoga bahagia dengan si dia. Jaga dia elok-2 kay,jangan buat dia touching. sayang,perempuan hati dia lembut sangat sekali kau sakitkan dia dia akan ingat . tolonglah jangan sakitkan hati dia okay. Kbye I'm sorry but I love you...............



Jangan cakap I Love You jika tidak mampu membuktikan kesahihan tentang "Cinta."fbelajarlah mencintai seseorang yang betul untukmu. Sayang,walaupun kau bukan milikku seadanya tapi percayalah aku sentiasa ada di setiap langkahmu. semoga kau berbahagia dengan jodoh Allah S.W.T jodoh-Nya lah membawa kita hingga ke Jannah. Amin Ya Rabbal Alamin. :). Aku selalu mendoakan kebahagiaanmu.

Friday 10 August 2012

Saya Kuat Kan ?

Assalamualaikum terkenangkan dia. =( saya tak nak tipu dah kalau saya tak nangis,saya mengaku memang saya menangis ! kat sekolah memang selalu pandang awak,tapi saya pandang curi2 (nakal kan) heee,puteri tanya masa kat makmal kimia "awak masih suka dia kan?" oke teragak -agak nak menjawab tapi puteri paksa juga aku jawab,aku angguk perlahan je perlahan je awak,aku suruh puteri perlahankan suara dia,pergh suara dia macam aku duduk kat New York pulak ? dia ada kat belakang aku doe ! err,,tadi lepak kat library pastu tetiba tiqah bukak cite pasal dia,then dia cakap "ikmal dah ada awek." oke masa itu aku jawab dengan selamber semua traffic light belake aku redah "oh,aku tau." (sambil main henset)
patutlah kat makmal kimia tadi orang buat eksperimen kau senyap ! teringat awek rupanya. risau dekat awek yek,sian dye..pergilah balik semua sekolah lama, jumpalah awek tu setiap..tataplah awek tu tiap hari,aku pun tenang. tapi aku harap kakak kau tak pindah ! aku sayang kakak kau ! dia baik dengan aku. aku selalu main sahiba dengan dia . dia macam kau terer weiyh ! even aku patah seribu aku dah tak nangis ! aku menyesal aku habiskan airmata aku untuk seseorang yang amat mustahil bagi aku !

Mulut cakap : "Aku benci dia". Hati cakap : "Aku sayang dia". Conclusion : Sebenarnya hati dah sayang tapi mulut malu nak cakap. Kan.
I'm Alone But I'm Happy. =)

Thursday 9 August 2012

About Him.

Assalamualaikum,hehehe penat hari penat sangat. kat sekolah tadi dah jadi hyper aku nie..yelah kalau aku pandang dia aku menangis,aku cublah cari mangsa buli untuk menghapuskan airmata aku ni. (kejam kan aku) hahaha,oke pasal dia pasal dia dan pasal dia lagi. urghhh tadi sejak daripada semalam terus kitaorang masam muka. aku tahu dia malu..eh pendek ? aku pun malu lah wei..dia macam biasa lah dengan kekawan dia..tapi kenapa dengan aku ? kenapa ? cuba bagitahu aku kenapa ? aku mimpi dia semalam lama sangat mimpi tu sampai sahur. tadi aku tetap degil nak pandang dia..ish ! kau ni kenapa ira ? arghhh.. betul cakap orang mulut kata lain,hati kata lain..tapi kata hati tak boleh nak menipu. Ya Allah,kenpa nie? kenapa dia. kenapa tak Aeril Zafriel ke ? Ryzal Jaafar ke ? Zamir ke ? kenapa dia ? (aku dah melalut) tadi kat astaka hampir terkantoi dengan kakak dia. bangang punya najwa ! aku borak-2 dengan kakak dia..blablablabla.then aku perasan dia pandang aku dengan kakak dia..wei jelingan yang menakutkan . kenapa? aku tak boleh nak rapat dengan kakak kau ? itu hak aku ah kan ? kakak kau baik,bukan macam kau ! haha tadi kat kelas aku mengaku dari lubuk hati aku ,aku jeles tadi bila zati ajar kau. haha aku pandang je (bdoh kan) then masa aku tgh ajar haikal,haikal perasan aku pandang kau,tapi dia buat blur dia je.aku tahu,dia jaga perasaan aku. tapi takpe aku boleh gelak lah,aku boleh senyumlah,sebab ashraf tadi.haha thank bro,pasal kau buat lawak bodoh kau tu aku lupakan masalah aku kejap(kejap je k) tadi masa balik aku selisih dengan kau kan masa depan pejabat..perghh hanya Allah je yang tahu perasaan aku..okay masing masing buat muka innocent. bila berselisih dengan kau,aku pura-pura yang aku tgh baca novel,tapi sebelum itu aku melilau cari kau..ehish ! tadi masa nak g bazaar.eh terserempak lagi.itu pun kakak kau yang hon.kau buat muka..aku pun balas lah kan ? memang aku suka. aku tak tahu kenapa aku badmood je,pasal kau tau.kenapa kau muncul ? kenapa nak buat aku menangis. hmmm (terdiam) hihi

Bismillahirahmanirahim,Aku cintakan kau.

Wednesday 8 August 2012

Menangis Dan Menangis dan Menangis lagi

hai blog,penatlah harini,penat sangat. woi my tears cukuplah mengalir,cukup ! buat apa nak menangis dengan orang yang salah untuk.kita buat apa ? jangan jadi bodoh. penat weiyh penat sangat. semalam aku menangis sebab aku kehilangan aboy kucing yang selalu buat aku tenang,dialah buat aku selalu tersenyum,aku rindu nak peluk dia,nak buli dia.rindu sangat. harini ada manusia yang kurang ada perasaan yang tak tahu nak menjaga perasaan orang lain,telah memperkecilkan aku ! sakit sangat hati ni,sakitt sangat.menangis dah menangis lagi. kau perfect sangat ye sayang,sampai ka kutuk macam tu. dah rasa diri perfect lah kan ? *cekak pinggang kau kena ingat secantik kau pun kau ada juga kekurangannya. kau tahu aku malu sangat. aku malu depan dia. aku malu depan budak laki..aku malu sangat depan budak perempuan.. malu wei malu sangat..aku takboleh langsung nak sengkang airmata aku ni* kesat airmata . sejak kau aibkan aku,sometimes aku pandang dia. airmata aku luruh.*ala-2 musim luruh. kau tau tak ! sejak pada tu aku menyesal aku menyesal dan sangat menyesal aku pernah suka kat dia,anggap dia crush aku,pandang dia setiap hari,usha kakak dia setiap,tersenyum bodoh bila berselisih dengan dia. aku menyesal semua tu. ! fullstop ! aku tak nak menangis. tolong aku penat berlakon depan kawan aku,aku penat berlakon depan zati,depan tiqah,depan tiha. aku gelak depan diorang.tapi belakang diorang. Ya Allah,aku telah menipu diorang. aku ketawa sedangkan at the same time aku menangis. i know i can't be strong without you alls guys. aku mengaku.
kenapa aku boleh suka kau pendek . ? kenapa aku boleh terpikat dengan kau wahai jejaka lesung pipit * muka comel kejap =p * kenapa ? jawab! hahaha. kau annyoning gile sewel. kau annyoning sangat . sakit hati. kau dengan member bangang kau tu satu kepala je. memang perangai WTF semua, aku kurang ajar ? wei sewel ? siapa yang mula dulu kurang ajar ? bukan kau ke sayang ? ha ? bodoh kan kau ! grrrrr...

*aku penat esok ada math 13 / 8/2012 hari membuatkan aku lupa segala galanya pasal kau.cukuplah. 13/8 itulah masanya. tidur dulu. bye goodnight. *OFFLINE ............................

Saturday 4 August 2012

M I =)

hai,para pembaca sekalian !! (macamlah ada fans) =P takdalah saja je malam ni memang boring bile si sombong + sewel + vangang = dah balik hostel fuhhh -.-'' btw hari isnin cuti..hurmm maknanya aku jumpa si pendek hari selasa waaa miss u...hoi pendek,aku suka pandang kau.aku suka tengok muka kau..kenapa kau comel sangat.. kau cerewet kan sampaii nisa main ktuk kau.haha tadah telinga je weiyh..tapi sometimes aku cembru gile vavi dengan kauu yela bila kau panggil budak perempuan depan aku,bila kau mengusik perempuan lain(usik-2 manja) weiyh menderau darah aku,cemburu k cemburu. dahlah depan aku. satu inci nama perempuan aku dengar kat telinga..aku jadi pendengar setia bila kau usik-2 perempuan itu.sabar wak sabar -.-'' aku suka bila dapat masuk library aku banyak peluang tuk tengok kau..bila aku tengok kau ,kau perasan aku pandang kau,aku gelabah..haha memang moments yang paling best ah . kau tahu kenapa aku panggil kau pendek..sebab kau pendek + comel = heehehe awesome ah. kau berzikir Ya Allah merdu siottt.. aku rasa nak mengalir je airmata..takpa tahan je..jangan kantoi suda bila mata bengkak nanti member cakap apa pulak "eh,sampai nangis dengar dia berzikir." dah naik merah muka aku.. fuhlaweiyhh. kakak kau comel ah macam kau..kakak kau ada dimple ah macam kau juga (nama pun siblings) ngeh-2 pen merah pen biru,hey sayang i love you.. ..insyaAllah kita jumpa kat sekolah nanti eh? ingat ? sometimes aku nak gile berjalan sebelah...kau tahu bila kau tegur aku..aku rasa macam dalam dunia aku dah..weiyh berdebar debar + nak pengsan siott...aku selalu gelabah depan kau..gelabah weiyh..sometimes malu juga..tapi cover jelah kan..
kay aku nak out..tweet pula..bye blogger.i love you,i miss you,take care,goodbye and goodnight u olls =)

#awak tak rasa ke saya rindu awak ?

Tuesday 31 July 2012

awak,saya tak kuat.

Sara sedang memasak di dapur untuk makan malam. Riz datang memeluknya dari belakang.

“awak nie buat saya terkejut je.”

“tak boleh saya nak peluk wife saya sendiri.”

“siapa kata tak boleh,saya kan milik awak.”sambil mencubit manja pipi suaminya

“yela,saya pun milik awak sekarang.” Riz membalas cubitan itu kembali.

Tiba tiba airmuka Riz berubah.Wajahnya seperti serba salah. Sara perasan akhirnya bertanya kepadanya.

“kenapa sayang?”

“awak,saya baru dapat call tadi saya harus ke Penang untuk tender syarikat. Saya harus pergi selama seminggu.”

Sara hanya tersenyum. Dia memegang tangan riz. Lalu dia berkata

“walau sejauh mana pun awak,saya tetap cintakan awak tuhan telah takdirkan awak untuk saya.”

“tapi..saya tak sanggup untuk tinggalkan awak. Saya rasa serba salah.”

“sayang,listen itu kan masa depan syarikat. Lagipun company itu daddy dah amanatkan untuk awak takkan awak nak lepaskan. Saya boleh jaga diri. Trust me dear.”

“saya sayang awak.”sambil mencium dahi isterinya.

“saya pun sayang sangat awak.”

Riz pun akan bertolak ke Penang. Sara berat hati riz tinggalkan dia,tapi dia tetap kuat ini pun untuk masa depan company. Dia mencium tangan suaminya walaupun sebak tapi sembunyikan perasaan itu.

Take care honey.”

‘bye.”sambil melambaikan tangannya kearah suaminya. Perlahan-lahan kereta Honda city meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Telefon Sara berdering.Dia baru lepas solat terus mengambil telefonnya lalu menjawabnya. Tiba-tiba telefonnya terjatuh ke lantai. Dia tidak menyangka jawapan yang didengari olehnya. Riz kemalangan! Ya Allah,apa yang baru terjadi ini? Dia bergegas bersiap untuk pergi ke hospital. Di situ ramai keluarga riz yang sedang menunggu. Dia mendapat tahu riz kritikal dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Sara seakan akan terkedu seketika,airmatanya tidak berhenti mengalir berharap agar riz akan sembuh.

Riz mengalami koma dan tidak tahu waktu bila dia akan sedar. Sara melihat ke bilik ICU itu,airmatanya mengalir dengan laju. Yana yang bersama farisya ke hospital itu memenangkannya agar banyak bersabar dan banyak berdoa kepada Riz. Sara masih lagi keadaan terkejut. Dia melihat riz dengan kepalanya dan tangan berbalut. Sara lemah melihat keadaan suaminya sebegitu.

“awak,awak sedarlah. Saya tunggu awak!”

Sara bersandar di kerusi tiba tiba seorang lelaki iaitu adik kepada riz datang kepadanya.

“kak,abang riz mesti sedar. Dia ada kak Sara dia ada kami semua,saya kenal dia. Dia adalah seorang lelaki yang kuat.”

“tapi kak tak kuat tengok dia baring macam itu. Akak tak kuat aril.”

“akak sayang dia kan? Akak kena kuat. Akak kena kuat kerana cinta akak kepada abang. Saya yakin cinta boleh menguatkan seseorang.” Aril memegang tangan kakak iparnya.

Sara tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ialah hanya berdoa supaya suaminya akan sedar. Dia tabah dan rehda dengan dugaan ini,kerana dia tahu tuhan ingin menunjukkan kebesaran cinta dia kepada suaminya. Dia masuk ke bilik ICU itu dan duduk di samping suaminya lanats dia memegang tangan suaminya dengan erat.

“saya tahu awak dapat dengar kan?”

“awak,saya sayang sangat kat awak. Awak tahu saya sunyi tanpa gurauan awak,saya rindu dengan nyanyian suara awak. Awak saya harap sangat awak sembuh demi saya. Saya cuba kuat awak. Saya kuat juga kerana saya tahu awak ada di dalam hati saya. Awak selalu muncul dalam mimpi indah saya.”

Tanpa disedari,airmatanya riz mengalir,tetapi Sara tidak menyedarinya. Dia terus memegang erat tangan riz dan merebahkan kepalanya di pangkuan suaminya.

Hari ini,sudah hampir lima hari riz tidak sedarkan diri. Sara setia menjaganya dia sanggup tidak makan dan minum dia tidak kisah dengan keadaan butiknya. Semuanya diserahkan kepada Zarina semata mata untuk menemani riz. Yana berusaha memujuknya agar makan.

“Sara,kau tak boleh lah macam terus kau kena makan. Nanti kau sakit pula.”

“aku tak ada selera lah Yana. Kau je lah yang makan.”

“Sara,listen to me. Mana Sara yang aku kenal dulu yang selalu tabah. Mana Sara,mana hilangnya sifat kau itu.”

“Sudahlah Yana,kau tahu tak aku cuba kuat. Aku cuba tapi semakin aku cuba semakin aku rasa putus asa dengan semua ini. Aku penat Yana.”

Sara terus meninggalkan Yana yang terpinga-pinga keseorangan. Sara duduk di sebuah bangku. Dia mengimbau kembali saat-saat indah dia bersama riz. Dia teringat sewaktu riz membawanya ke sesuatu tempat. Di situ ada sebuah bukit yang boleh Nampak seluruh ibu kota itu. Riz memegang tangan Sara dan menyanyikan sebuah lagu untuknya.

“awak,promise okay walau apa pun yang terjadi awak jangan tinggalkan saya. Kalau awak tinggalkan saya,saya kejar awak sampai ke hujung dunia sekali pun untuk mendapatkan cinta awak kembali.”

Sara tergelak kecil.

“saya akan selalu mencintai awak. Saya berjanji kepada awak saya takkan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadi.”

“cuba awak letak tangan awak dekat jantung saya. Jantung saya berdegup kencang sebab ada cinta awak dalam hati saya.”

“hmm, dan awak cuba pula tengok awan itu dia seolah membentuk hati dan awak tahu apa maknanya? Itu maknanya hati riz selalu ada di hati Sara.”

“sayang,tunggu sini kejap.”

“awak nak pergi mana?”

Riz mengambil akar kayu itu dan menbentuk seperti mahkota. Dia memakainya kepada Sara. Sara sungguh terkejut dia sudah masak dengan perangai riz yang selalu membuat kejutan.

you look so beautiful sayang.”

“awak ini memang suka bagi kejutan and thank sebab mahkota yang cantik ini. Errm kenapa awak bagi saya yek?”

“Sebab awak nampak sangat cantik bila memakainya. Awak adalah pemaisuri di dalam hati saya.”

riz mencium dahi Sara. Sara hanya tersenyum dia bahagia di samping riz. Dia bersyukur kerana tuhan menetapkan jodoh yang betul untuknya. Sara bersandar di bahu riz.

“awak,kalau saya mati adakah awak masih mencintai saya.”

Sara terkejut bila riz berkata sebegitu. Dia terus meletakkan jari telunjuknya ke mulut riz.

“sayang,please jangan cakap macam itu lagi. Saya nak ada selalu di samping awak,kalau awak mati saya akan ikut awak.”

Riz hanya tersenyum. Dia mengusap rambut Sara,dia takkan tinggalkan isterinya dan itulah janjinya.

P/S:Aku suka menulis then ini adalah salah satu hasil penulisan aku..

Sayang,saat indah kita berdua mustahil untuk saya lupakan. awak seolah pelangi cinta bagi hidup saya. awak lah yang selalu mewarnai hari-hari saya. saya tak kuat untuk menempuhi cabaran tanpa awak suamiku... Cinta,i need you.

Aku Cinta Kau.


“hello sayang,saya tidak boleh lunch dengan awak hari ni. Sorry”

“tapi sayang awak dah janji kan?”

“sorry sangat sayang saya banyak kerja dekat office ni. Petang nanti saya jemput awak okay?”

“sudahlah riz awak memang pentingkan kerja awak je kan?”nada suara Sara agak kuat kedengaran.

“sekali lagi minta maaf. I Love You.”

Sara terus mematikan telefon bimbitnya. Hampa menyelubungi perasaanya. Tidak ingatkah dia hari ni hari jadi isterinya. Dia terus meninggalkan café dengn perasaan kecewa. Sara masuk ke dalam butik dengan muka masam mencuka. Zarina kehairanan pagi tadi bukan main ceria lagi sekarang ni monyok pula. Kalau hendak ditegur nanti kalau tersilap cakap lain pula jadinya nanti.

Jam sudah menunjukkan pukul lima petang sudah pun habis waktu pejabat. Sara keluar dari butik itu dan melihat kereta riz sudah terparkir di depan butik itu. Dia mengeluh. Perasaan kecewa masih ada di dalam hatinya. Riz memberi sejambak bunga ros putih kepada Sara. Sara mengambil bunga itu dan terus masuk ke dalam kereta. Berkerut dahi Riz apabila Sara membuat endah tidak endah kepadanya.

Dalam kereta mereka berdua senyap. Riz telah memberhentikan keretanya di sebuah taman. Terjongket dahi Sara apabila Riz membawanya ke tempat itu.
“kenapa awak bawa saya tempat ni?”

“saya nak luangkan sepenuh masa bersama awak sekarang yang telah saya korbankan tengah hari tadi.” Riz memandang tepat kearah isterinya. Sara hanya tersenyum manis.

Riz mengajaknya duduk di bawah pokok yang rendang dan dia memainkan gitar menyanyikan lagu untuk isterinya. Tiba-tiba Riz meminta diri untuk pergi ke kereta kerana ada barang yang tertinggal.

Setelah kembali di belakang isterinya,riz memegang sebuah kek ditemani oleh rakan-rakannya. Mereka menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Sara. Sara tergamam dan terkejut! Airmatanya menitis tatkala meniup lilin di kek tersebut. Riz mengajak sara untuk ke sebalik pokok besar itu kerana ada majlis meriah yang sediakan khas untuknya.

“Sara Happy Birthday.”ucap Mira kawan kolejnya dahulu.

“terima kasih mira.”sara tersenyum.

sara tidak menyangka riz sanggup buat majlis yang semeriah ini untuknya. Dia berjalan menuju ke tasik. Riz datang kearahnya lalu memeluknya dari belakang. Sara tersentak dengan kehadiran riz.
“sayang,thank you for everything.” Sara tersenyum mesra.

Riz melepaskan pelukannya. Dia memegang kedua belah pipi isterinya.

“siapa kata saya lupa? Inilah kerja yang saya buat. Kerja untuk mengembirakan awak sayang.”

Sara memeluk erat riz airmatanya mengalir. Riz melepaskan pelukan Sara dan mengesat airmata yang mengalir di pipinya sambil tersenyum.

“oh! Kejap eh saya ada something untuk awak.”

Sara menganggukan kepala. Riz kembali dengan membawa sebuah teddy bear yang besar. Sara terperanjat.

“nah special untuk awak, besar ni!”

Sara ketawa.

“terima kasih.”

Sara mencium pipi riz. Riz hanya ketawa.

“mereka pun dah nak balik itu. Jomlah balik dah petang sangat ni.”ujar Sara "yela."Riz memgang tangan Sara dan menuju ke kereta kemudian mereka bertolak pulang ke rumah.

Ya Allah,indahnya rumahtangga seperti ini.. saling menyayangi,memberi suprise. awak saya nak macam ini..boleh kan

saya nak keluarga bahagia,keluarga yang penuh gelak ketawa dengan suara budak-2..Tuhan berikan aku cinta. =")


Awak =')

Hey crush,aduii rindu . hahaha ececece blah rindu kan ? okay awak saya suka awak ? tahu tak? Tak tahu kan,sebab saya tak bagitau..haha (lawak bodoh kejap)okay awak nak tahu something dalam kelas saya takkan terlepas untuk pandang awak..saya pandang mata awak,saya pandang dimple awak.kay dimple awak dalam gila dan comel..aww melting =) sometimes saya tahu awak perasan yang saya pandang awak. Ingat tak masa kat library saya pandang je awak kononnya tengah khusyuk baca buku. Haha saya pandang awak then awak pandang saya balik.kay gelabah kejap..semua kantoi awak..diorang semua tahu saya minat awak..diorang semua tahu saya suka pandang awak.(perempuan sajlah.) awak tahu saya dah tiga kali tanda kertas awak..semua saya konker..hahaha padan muka kawan awak tak ada peluang..fine kejam kan saya ? biarlah kesah pula?? Kay saya tak tahu macam mana saya boleh suka awak serius semua tu berlaku sekelip mata jer.. before saya usha awak saya usha kakak awak..haha dia baik… kay malu bila aku tergedik-2 pandang kau then dia person.. oh goshhh merah muka aku kejap..hahahah cinta saya seperti seindah pagi yang menerangi gelisah hatimu…saya selalu senyum bodoh bila saya pandang awak. Oh crush I love you =’)

Saturday 28 July 2012

Sakit je hati ini

sakit doe hati ni bile kau buat aku macam tunggul tunggu je kau reply.. WTF! aku nyampah kay dahlah hotssentap katekan memang sombong.. kau sombong bukan aku yang sombong. aku tunggu jee kau chat dengan aku,,tunggu macam anak patung bongok. kau tahu kenapa aku tak like status kau macam selalu aku merajuk dengan kau. aku harapkan perhatian kau macam selalu. kau perasan rupanya ingat tak perasan. kau mesej aku ouh kau BUZY. buzy tapi online asal tak tegur even kejap je ? tak boleh ke? kay takpalah.faham. ..

Thursday 26 July 2012

Bicara Cinta

Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta,jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin mungkin brakhir dengan cinta yang tidak akan bertahan.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahitdari hempedu. “Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.”

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihatmenjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah danlumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.