Hai cantik Hai hensem

My blog my story

Saturday 13 July 2013

Awak dah berubah :(


Sometimes I Smile to hide the pain,
Sometimes  I Laugh to hide the sadness
Sometimes I Shout to let the pain out
but no matther what I do,I just can't hide the feeling that I Miss You.

Dear kawan,saya rindukan awak dulu,saya rindukan lawak bodoh awak,saya rindukan loyar buruk awak. Cepatnya awak berubah,cepatnya awak beralih hati. Awak dah benci saya ke? Awak dah tak sayang saya sebagai kawan ke? Awak tak rindu saya ke? Saya nak je cakap semua tu kat awak,tapi saya tak mampu. Saya dah tengok awak dah bahagia,awak dah bahagia dengan kawan baru awak. Awak dah lupa saya. Awak dah jarang tanya khabar pasal saya. Mengapa wak :'( . Benci sangat ke awak kat saya? Sejujurnya,awak memang selalu buat saya sakit hati dengan,awak selalu buat saya terasa diabaikan oleh awak. Awak tak pikir perasaan saya ke? Awak kata awak tak pernah  tak akan dan tak boleh lupakan saya? Tapi sekarang mudahnya awak lupakan saya. Mana kata kata awak? Hilang dah ke dalam hati tu? Saya dah takda tempat lagi ke kat hati awak? Saya cemburu sangat bila awak dah ada kawan baru. Sedih sangatt. 4 months! Cepat kan masa berlalu. tapi persahabatan kita sekadar 4 bulan. Awak dah tak perlu saya teman awak,saya dah takda penyanyi nak suruh nyanyikan kan? saya rindu suara comel awak tu. Awak selalu loyar buruk dgn saya. macam macam lah. satu topik ke satu topik awak cerita. Perbualan kita macam tiada penamatnya kan awak? Tapi tu dulu,sekarang takdah sunyi je fone takda pun mesej awak. Saya  selalu mimpi buruk tentang awak. Ya Allah,awak,apa makna semua tu awak. Adakah ini mimpi saya jadi kenyataan. Memang bukan takdir kita kot,maybe saya tak layak nak jadi kawan awak. Dahtu kenapa saya kenal awak? Kenapa selalu nangis kerana awak? Andai awak tahu saya betul betul rasa kehilangan seorang sahabat yang saya sayang. Eh? saya ingat lagi awak ada nyanyi Kehilangan tu,sekarang ni dah betul betul terjadi. Saya dah hilang awak,. Apa yang saya mampu buat cuma merindui awak. Awak dah bahagia,saya pun dah bahagia, awak jaga diri baik baik tau. Jaga perhubungan awak. Jangan jadi pisang berbuah dua kali, cukuplah awak. Selamat Berpuasa . Sayang dan rindu sangat kat awak. :(



Tuesday 18 June 2013

Jangan Letih Mencintaiku,

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Saya suka awak,tapi bila dah dapat awak saya sayang awak,dan bila dah sayang awak,saya akan jatuh hati dengan awak dan sebenarnya saya mencintai awak. Awak,,mungkin kadang kadang saya emosi dengan awak tapi awak percayalah sayang rasa cinta dan sayang tetap untuk awak. Awak nak tahu kenapa? sebab cinta takkan bahagia tanpa gurauan. Sayang takkan ada tanpa cemburu. Rindu takkan indah tanpa airmata dan kasih takkan sempurna tanpa kejujuran awak . Saya tahu awak selalu mengalah dengan saya sebab apa? sebab saya tau awak sayangkan saya kan? Awak selalu kata awak nak lamar saya lepas awak  kerja kan? Alololo,comel lah awak ni. Awak selalu acah acah merajuk dengan saya sampai saya naik geram.Tapi awak nak tau saya sebenarnya tak suka awak merajuk dengan saya sebab saya tau saya akan rindu awak nanti. Siapalah saya nak buli kalau awak tengah marah,siapalah saya nak manja ,acah acah comel kalau bukan dengan awak. Saya selalu marah awak,tengking awak,berkasar dengan awak. Awak,saya minta maaf sebab saya selalu buat awak macam tu. Awak,percintaan,pergaduhan,persalahan faham,cemburu,dah marah. Kita anggaplah itu sebagai cubaan dalam perhubungan. Cinta itu aneh. Sukar untuk ditaksirkan. Datangnya bukan dari paksaan,perginya pula  tanpa kerelaan. Cinta itu penuh dengan kasih sayang. Kekasaran boleh mencipta perpisahan. Sayang,even saya ni cengeng,saya ni perangai macam budak budak. Satu je yang saya minta dari awak, Jangan Letih Mencintai saya,jangan pernah berubah hati disebabkan saya. InshaAllah sayang,kalau ada jodoh, kita jumpa okey? Awak jangan nakal nakal tau,nanti saya cubit. ILOVEYOUSODAMNMUCH,my SAYANG :). 
I'm sorry  I'm not best with words and that I can never find the right thing to say at the right moments,but you scare the hell out of me whenever I think of how vulnerable  I could be and what would happen if I opened up my heart.
I want to keep you in my heart,lock it and throw the key so that no one can take you away from me .

Saturday 1 June 2013

Seram tapi best (Kem Motivasi PMR)

Motif? Gambar yang agak "creppy" tu. Actually taktahu kenapa dengan mood yang setengah mati merindu,cewahhh,:'( hmm sedih kot kawan gila gila aku pergi kem ,seminggu k seminggu,so aku tak dapat text seminggu,hmm sabar jelah,tadi pun pagi pagi lagidia dah text aku pesan kat aku suruh jaga diri,jangan nakal nakal,jangan lupa makan ubat. terus nangis macam berpisah selama setahun dah aku rasa. Eh? ni dah lari topik. Patutlah karangan bm aku dapat 32 markah saja,bak kata cikgu fadzli ,lain yang diminta,lain pulak yang diberi . btw i miss you cikgu :'(

Dengan berbekalkan kudrat yang ada untuk aku melembutkan jari jemari aku untuk menekan keyboard semata mata untuk menceritakan kisah seram yang aku rasa dah beberapa bulan dah berlalu perkara itu tapi aku rasa pengalaman tulah yang paling best . Memories yang paling manis dn seram sewaktu di kem motivasi. Yelah,maklumlah sekolah baru mestilah ada "orang"yang menjaganya. Lagipun sekolah baru lapan tahun dibuka dikira baru lah tu daripada sekolah yang sudah berpuluh puluh tahun dibuka mesti banyak kisah seram yang terjadi. Kem ni pun dibuat kat sekolah so kami pelajar candicates pmr and spm menginaplah kat sekolah untuk 3 hari 2 malam. Petang tu kami datang dan siap daftar semua bagai masuklah kedalam dewan untuk sesi taklimat pertama. Fuh memang sakit perut kitorang gelak dengan penceramah tu. Selepas itu kami pergilah naik ke dorm. Ni yang aku tak tahan ni boleh pulak berebut tempat tidur k ni tak aci budak form 5 nak port baik punya. tapi kitorang lagi best kipas bapak lah kuatnya. sejuk gilaa. petang tu cikgu awal awal dah warning jangan nak beria ria sangat ni kem motivasi ni bukan party party . k itu aku yang tambah *mata keatas tangan didada. Tapi kan kami ni memang jenis tak makan nasihat,kami degil,maklumlah kalau dah dapat tidur dengan kawan kawan memang best lah kann? Tapi malam itu kami memang susah sangat nak tidur ,lebih lebih lagi dengan budak ni ketawa kuat gila,gurau sana gurau sini,sakat sana sini. Hamboih korang syok sangat ye. cikgu pun yang jaga kami  pun duk syok je bergosip,haha ni best ni dapat cikgu muda. 

Tapi kan,malam itu jugalah bermulanya segala-galanya,tapi taklah  seteruk malam kedua. Malam itu aku tidur dengan kawan kawan baik aku. Tapi najwa dah ambil port duk sebelah tiqah ,nak bermanja lettew. see aku tak dapat chance nak bermanja dengan tiqah,tapi kami berdua memang manja malam itu,nak tidur pun kena dodoi.muahaha comel kan kami. Selepas tiqah dodoi tu ,aku tak tidur sangat berangan je lebih. Then tiba-tiba kami semua budak form 3,taktaulah kalau budak form 5 dengar juga ,kami dengar macam orang ketuk pintu dari luar,fuhh nasiblah aku tak duduk dekat dengan pintu,tapi geng geng putri lah kesian sebab dorang duk dekat gila dengan pintu,so dorang first dulu lah dengar ketukan tu,nak kata cikgu tak mungkin lah sebab kalau dorang meronda pun kenapa harus ketuk pintu bagai,kan ada cikgu kat dalam tolong jagakan. Pelik kan? tapi bunyi kejap aje then lepastuh kami dengar bunyi orang berlari sekeliling kami,woi bapak kuat kau lari. tengah berlumba dengan usain bolt mungkin. Tapi,kami semua buat tak layan tak ditegur karang malam tu ada juga yang menjerit tengah tengah malam,Tak ke naya kami malam tu. Then kami buat buatlah tidur akhirnya tidur betul betul sampailah subuh. hmm malam kedua yang paling seram aku rasa sebab malam kedua ni pun aku kena juga. Ni semua bermula dari maghrib biasalah kan perempuan mesti ada sebab tak boleh solat kan,so gegirl yg "uzur" ni berkumpul lah di satu tempat. Sementara tunggu budak budak lain selesai solat kami duduklah sambil bersembang.Tiba-tiba member aku ni ,kitorang panggil dia mas,comel katanya :3 datang kat kami sambil menangis nak balik,first sekali kitorang pikir dia ni cengeng yela baru sehari stay dah menangis bagai rak. so kitorang abaikan jelah dia. biar lantaklah bff dia pujuk dia. Tapi lama kelamaan makin teresak esak pulak tangisan dia bila kitorang tanya kenapa dia taknak cakap. k fine!* duckface. then selepas solat isyak ustazah nak jumpa budak perempuan yang tak boleh solat. Kitorang ingatkan nak bagi ceramah or wateva. Tup tup kena marah. lo,sebab ustazah kata ada antara kami buang "thing" sesuka hati je. Hamboih cik kak,suka hati awak je ye. awak ingat tu sekolah bapak awak punya ke? tapi semua tak mengaku -.-malam tu semua pakat berjaga jaga, ceh macam nak bertempur je k. ada beberapa kisah misteri pada malam tu

Kisah 1:
Kami semua berkumpul di dewan sebab ada sesi apa ntah aku sendiri tak ingat:/ lepastuh lepas selesai sesi tu ada kawan aku su,ni cakap time dia duduk kat tepi tingkap dia perasan macam ada seorang kakak pakai tudung warna putih tengah tengok dia dekat tingkap tu. then terus dia lari kat member dia sambil nangis . 

Kisah 2:
Ini berlaku kat lesbo aku :( haha ,masatu Alia dengan fyruz pergi tandas ,dorang jalan  kat satu lorong gelap ni berbekalkan lampu suluh yang ada,biasalah kan kalau lampu suluh mesti ada bayang bayang ,masa dorang berjalan dorang perasan kat bayang bayang tu macam ada orang lain kat belakang dorang,bila dorang toleh belakang ,nothin! terus dorang blah cepat.

Kisah 3: 
Waktu ni dalam pukul 11 lebih,masa ni kami lepak kat kantin minum minum malam. lepastuh ada kawan kitorang 4 org nak pergi ke tandas. tapi apa yang ngoknya dorang boleh pulak pilih tandas yang jauh dari kantin. dahlah kat situ gelap gelita,belakang hutan. tandas yang paling hujung. seram gila k.dorang nak masuk tandas just nak betul kain . kain je punnn.erghh. tetiba masa tu dorang dengar kat tandas yang hujung sekali mcm baby menangis,tapi tak sangat,then pintu mcm ditarik,pastu ditutup dengan kuat. ha ini takyah cerita lah. memang dorang lari pecut ,kalau masuk pertandingan aku rasa menang kot sekolah kami. haha,selepas tu dorang terus g kantin. tetiba salah sorang dari dorang menangis teresak esak ssebab takut,member dia pun oergi lah bawak kat cikgu risau jugaklah . selepas mas dah dihantar kat cikgu,ceeya tetiba pengsan. lol ini dah kenapa. then dorang bawak balik dorm.malam tu dia senyap je. sometimes dia pandang kami macam org kena rasuk.

Kisah 4:
kisah ni memang seram.okay malam ni memang ramai sangat cikgu temankan kami semua,tapi malam ni ,kami taktaulah kami tak takut langsung,kitorang siap lari lari lagi,sana lah sini lah.sampai ketua dorm marah kitorang. kesah? malam tu aku sakat tiqah dengar cite hantu .hehe cakap besar ye aku ni. jahat mulut. malam tu kitorang tidur lena sangat. tetiba malam tu aku terasa macam kaki kena tarik,sakit kot! and then pada malam tu aku dengan najwa tidur berjauhan jauhan .ceh ajet ajet ngada je kan nak tidur jauh jauh so tengah tengah tu memang ada ruang yang besar. then alia cerita masa dia terbangun dia ternampak macam ada orang yg duduk kat tgh tgh tu dengan kaki melunjur.ah sudah. lepastu lagi alia cerita,dalam dorm tu ada meja makan dia ternampak mcm ada orang pakai baju warna biru duduk bawah meja dengan cara duduk dia kaki rapatkan ke dada. dia kejutkan fyruz ,syirah,syu,tapi semua tak sedar papepun. esokkanya harinya zati dgn tiha ngadu yg kaki dorang lebam mcm kesan kena gigit. memang teruk.

so 4 kisah pada malam memang ada punca dengan things tu,see sorang yg buat semua yang kena kacau,nasib takde ape ape. syukurlah hanya gangguan kecil saja. :) even ada seram seram sikit,best sangatttt . macam nak ulang balik je time

besar kan sekolah ni,memang besar sekolah. banyak misteri. nanti aku ceritakan x). aku sayang sekolah aku ni. aum xx

Monday 20 May 2013

I'm tired of everything

Im tired of this people who are talking about you and actually don't even know you. How can you judge me if the only thing you know about me is my name? Everybody does make mistakes in life, you'll never find somebody who's perfect, if you do good for you. Everybody has feelings, even animals for God sake.

Agak-agak semua ni bila nak berakhir ye? Agak-agak semua ni akan tamat ke? K tolong . Dah penat. Dah rimas.Kita satu kelas kawan kot,takkan korang nak musuh bagai perang dunia ketiga nak meletus ha?Kutuk sana kutuk sini,maki sana maki sini.Dah aku ? Jadi orang tengah kan? Wah memang suka kan jadi orang tengah ni,jadi orang tengah ni lah memang menyakitkan hati,rimas. Sejujurnya,aku tatau siapa yang berada pihak yang benar,aku confius lah,. Kenapa orang suka sangat cemburukan keakraban kita. Kenapa dia sanggup laga-lagakan kita,pecah belahkan kita. Bila kat depan kami,kau kutuk dorang,bila kat depan dorang kau kutuk kami,kau nak apa sebenarnya? tumbuk? penyepak? penyapu? santau? eh tak aku baik lagi,waras lagi. K. Actually,aku dah penat berharap semua ni,aku berharap sangat aku dapat balik apa yang aku dapat dulu,tapi sekarang,da hilang. Aku dah hilang kepercayaan korang,aku dah hilang kakak,adik,sahabat aku,aku dah hilang semua kenangan dengan korang,dah hilang semuanya,boleh aku dapat semua tu? Aku dah cuba.aku dah cuba,tapi aku tak mampu lagi,dah penat dah... Maybe aku dah cuba pretend depan korang,yang aku happy sekarang,happy sangat. Tapi,jujur dalam sudut hati aku,aku sedih sangat ,aku hilang kawan macam korang,alahaii kenapa semua terjadi? Sekarang satu kelas dah macam musuh,eh taklah sekelas,separuh jela,perangai belaka macam pfttttttt je,kang kalau bawak gaduh,7 hari 7 malam memang takkan habis ah.... okay kita nak pmr kan,so aku harap,takda dah scene gaduh gaduh,scene sedih sedih ni,scene drama ,scene mengedik. k bitch! k part scene drama ala romeo and juliet and scene mengedik tu lahh,aku paling menyampahhhh,menyampah gila kayhh. harus eh kalau kita bertekak sikit,mengadu dekat pakwe,pastu mulalah dorang buat sabotaj,sorok beg ah,tuang air sampai basah buku,perangai macam budak budak tadika kay. budak tadika lagi 1000 kali matang dari korang. okay mohon uncle david teo buat filem,gerenti laku punya kan? okay stoplah perangai teruk korang,stoplah korang mencarut sini sana,cakap mende mende luccah depan budak laki,korang ingat mende tu lawak eh? serius menyampah.Oh satu lagi,korang suka sangat bandingkan diri korang dengan diri orang lain,.bitch please.... korang ingat korang dah prefect ke sampai korang kena bandingkan diri korang? korang ingat korang bajet hot kat sekolah semua orang minat korang? korang buat orang lain insecure tau takkkkk.... sakit jiwa ahhhh.. kadang kadang aku terasa macam nak blah je dari sekolah tu,rimas kayh,dengan korang,dengan pakwe korang. rimas. bajet sweet ahh tu,pegang sana pegang sini. K ,.Aku tengah geram. 

Ya Allah
 dunia yang Engkau hamparkan ini indah
 tetapi durinya sering menusuk.
 Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya.
 Tetapi ya Allah
 hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah.
 Ya Allah
 ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan
 kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis
 senipis kulit bawang.
 Ya Allah
 jika ini ujian yang pantas untukku lalui
 bantulah aku
 Agar aku tidak tersasar dari jalanMu.
 Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Bila kita rehda atas sesuatu  yang mengecewakan hati maka Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan yang kadang kadang di luar jangkaan kita. 


Allah always beside me :')



Saturday 4 May 2013

I Do Love You Sayang



Roses are red,violets are blue,the only love of my life is you. Together forever till the end of time,together forever i will  always call you mine :')


Awak!!! Saya sayang awak. Sayang sangat kayh. Haha jeles please sayang? -.- hay boy,thanks sebab awak curi hati saya,saya harap sangat awak jangan sesekali hancurkan hati saya tu,sebab saya taknak awak pulangkan hati saya yang telah hancur,apa gunanya kan? Saya minta maaf if saya ada abaikan awak,tak care pasal awak. Bukan saya sengaja,tapi sejak belakangan ni saya buzy kay. hmmm saya selalu rindukan awak,kalau nak onthephone pun jarang jarang :'(. Nak buat  macam mana,kita kan jauh . Nak jumpa pun susah :'(,tapi mungkin ada hikmahnya kan,mungkin Tuhan nak uji sejauh mana kesetiaan awak dengan saya kan? Awak ,jangan nakal nakal tau,nanti saya cubit. Eh? Awak jangan curang tau,siaplah awak!! Awak mungkin kata awak tak janji awak boleh bahagiakan saya,tapi saya percaya awak,awak pasti boleh kan kan? awak tau tak,saya tatau macam mana nak merajuk dengan awak,hahaha sebab awak pandai ambil hati saya,puji saya. Alololo,blushing kay *tutup muka. Kita jarang gaduh,tapi kalau ada something yang buat awak kecil hati,saya minta maaf banyak banyak,saya tak sengaja untuk buat awak berkecil hati :'( Sekali saya dah sayang,saya akan terus sayang tau :* Oh ya awak nak tau ,stalk awak adalah hobi saya xD

 i can't promise you a prefect  relationship without arguments & differences. However,i can  promise you as long as your trying i'm staying .xx








Saturday 27 April 2013

BESTFRIENDFOREVERANDEVER

Twenty years from now,i am gonna look back and remember  that you're that person  who could turn every frown into a smile in a few simple words,that person  who lifted  my head when i losing faith  in myself,that  person  who carried tears on her shoulders after  every fight,every break up,every death,that person that accepted every decision  i made,that person who knew who i really was and that person that made the biggest difference in my life.....my bestfriends :')

Guys,sorry okay abaikan korang. Tapi,aku tak pernah nak berniat untuk sisihkan korang. Aku cuma.. aku ada sebab. Korang kena faham aku tak mungkin aku lupakan korang. Aku ingat lagi aritu aku nangis,aku peluk tiqah kan. Sumpah selesa sangat,terasa tenang wei :'( kalau aku boleh putarkan masa,aku nak ulang masa kita lepak sesama,makan kek sesama ,buat suprise. gelabah kan masatuh tapi best :') .Fatiha selalu tangkap gambar candid. hahaha fatiha ngek. Kelakar kan bila kita satukan izzati and fatiha dengan crush diorang masing masing,macam2 yang kita buat supaya diorang dapat crush diorang,ingat lagi jumaat aritu korang pergi seminar geografi.ehish tinggalah "crush" diorang tu.Tengok siapa yang jadi mangsa keadaan sekarang? Aku juga. Aku juga yang kena jaga diorang. Takpelah,kalau diorang nakal aku  rotan guna rotan cikgu displin je. Senang ^^  kita selalu dapat dugaan kan? sometimes kita terpisah. Kita selalu bergaduh,sometimes aku rasa dah macam dah tak larat,kita selalu bergaduh,aku selalu menangis kerana korang. Aku selalu kena marah dengan korang,takpe aku sabar sebab aku tau itu semua salah aku,aku manja,aku kuat merajuk,sikit sikit aku merajuk,korang mesti tak larat kan nak pujuk aku,aku nakal. Tapi korang sayang aku kan? korang marah aku sebab korang care pasal aku kan.Aku tau itu. Hey group RD tak pernah berpecah ,aku masih ada korang. Gelang tu masih ada kan? tapi hampeh,gelang aku kat ewa :'( .Sorry guys,aku langsung tak berniat nak abaikan korang, sayang koranggggg foreber.. :'( perangai gila gila tetap wujud. Tiha,zati,ewa,tiqah,faizah jangan pernah korang anggap aku dah berubah. hati aku tetap ada korang. tiada geng lain selain RD :'(

Monday 1 April 2013

Aku rindu kau kawan

I miss him more than you could imagine. I miss him  so much  it hurts.  I think of him in everything I do,everywhere I go. :'(
Hey you,rindu awaklah. rindu sangat kat kau kawan. Mana kau menghilang? Aku tunggu kau ni!  Sekarang aku dah takda geng nak bertekak. Kau je yang boleh aku cari gaduh. Mana kau pergi ha sengal? Saat aku sedih kau ada je dengan aku Kau selalu buat aku ketawa sampai sakit perut aku. Kau buat lawak bodoh pun aku boleh ketawa bagai nak rak. Tengok pandai kan kau hiburkan aku. Semalam aku asyik fikirkan kau je,sampai satu kerja pun tak jadi nak buat. Aku nak nangis doh. Whatsapp status aku ada nama kau. muehehehe x') Aku fikirkan kau sampai aku mengantuk sesangat .Bila aku dan lelapkan mata,kau datang dalam mimpi aku. Tapi kan ?Kenapa aku mimpi kau sombong gila  setan dengan aku. Aku tegur kau tapi kau buat tak layan je. Aku nak bercakap dengan kau tapi kau jauhkan diri kau dari aku. Bila ada someone else tegur kau kau okay je. Kenapa babe? Kenapa aku mimpi macam tuh? Weiyh,aku taknak hilang kau. Aku taknak hilang sahabat macam kau.Aku taknak. Aku nak kau! Eh? Maksud aku ,aku nak kau jadi kawan aku selamanya. kita gaduh macam mana sekalipun kita tetap berbaik.  Kita dah janji kan? Jangan jatuh cinta.Kita akan menjadi kawan selalu kan? Aku tunggu kau ni. Kau muncul cepat cepat tau. 

I miss you when something really good happens,
because you're the one.
I want to share it with,
I miss you  when something is troubling me,
because you're the one who understands me so well.
I miss you when i laugh and cry,
because i know that you are the one
that makes me laughter grow and my tears disappear
I miss you all time,but i miss you the most when
I lay awake at night
and think of all wonderfull times that we spent
with each other for those were some of the best and most memorable 
times of my life.

Saturday 23 March 2013

I'm Done :)

I wish  I could forget you,I wish we never met,I wish  I didn't feel the way i do ,I wish  I didn't have to get hurt. And now i'm done :). Its really hurts :'( 

Sometimes we just say"I just want be happy" but deep inside  our hearts we know we still  want to be Their happiness. 


Haha,crying Inside,Smiling Outside. :')

Awak....................................... Saya rindukan senyuman awak,gelak tawa awak,merajuk awak. Awak tak pernah rindu ke? haha soalan macam gampang je kan? Kenapa terlalu cepat awak berubah? Kenapa terlalu cepat awak patahkan semangat saya,harapan saya kat awak? Dulu awak layan saya baik je. Awak bergurau dengan saya . Awak merajuk dengan saya. Awak ingat lagi tak masa saya pujuk awak. saya kata awak jangan merajuk lelama nanti saya rindu.Tapi kan awak sekarang saya rindukan merajuk awak, saya selalu tunggu awak tegur saya. Sampailah satu saat saya tunggu awak yang tak kesampai ,Saya suka perangai awak yang keanak-anakkan tuh. Awak comel sangat masatuh. Awak selalu cakap awak buzy. Saya selalu cuba nak faham awak,bukan saya taknak tegur awk Bila saya yang text awak,awak just layan saya gitu gitu je. Takpelah at least awak reply kan. Kadang kadang awak tak reply pun,awak,saya bukan tiang,saya bukanlah anak patung,saya bukan tunggul awak. Saya ni ada hati juga,ada perasaan juga. Saya dah cuba nak jaga hati awak. Tapi,awak tak pernah nak cuba nak jaga hati saya. Awak pergi tanpa alasan. Awak abaikan saya gitu aja. Andai awak tahu saya still simpan gambar awak,yang saya ambil dulu x) . Gambar itulah buatkan rindu saya terubat. Hanya sekeping gambar,saya menitiskan airmata. Maaf sian gambar awak basah kena airmata saya :). Saya langsung tak letih mencintai awak,tapi saya letih mengharapkan awak. Bila saya baca conservation awak dan "dia" saya cemburu,cemburu dan sangat cemburu. Walaupun awak bukan untuk saya. 

Sometimes I just need alone
so i can cry  without being judged
so I can think without being interrupted
so I don't bring anyone else down with me. 



1.2.3.Sayang korang ketat ketat

Some people into our lives and quickly go,
Some stay for  a while,
and leave footprint an our hearts,
And we are never ever the same. 

Guyssss,,,iloveyouuusodamnmuchh. k I normal kayh.Seriously nanti mesti rindu kat korang semua I mean semua budak gila gila form 3 venus. nak nak yang girls. haha serious ah otak kitorang memang bermacam macam warna. Hahaha. Korang selalu nak buat orang gelak je kan? Tak boleh blah  yang nisa. pergh otak macam pelangi siott. tengok ah kiteorang dah terikut ikut kau dah. korang ingat tak masa kem motivasi harituh best kan? ingat tak malam tu. haha nice moment babe. Kalau takde korang memang tak sah. Nisa lah yang pengarahnya.Kita gelak gelak gosip sana gosip sini. main kejar kejar.dan sebagainya. sometimes kita ni macam budak laki kan. adalah sikit kan. time exam mmg best.Exam macam tak exam je kan. cikgu awasi kat belakang kitorang bantai tiru kat depan. untung juga kan dapat depan.

Moments aku tak boleh bla sekali time ada perlawanan bola tampar. Yang bestnye masetuh cikgu buzy then kitorang bantai lepak dalam dewan. Haha aman je duk dalam dewan senyap sunyi. Pastuh si puteri ni g bukak cerita seram. Okayh mula mula ajet ajet berani je padahal semua pengecut nak mampus. Lepas puteri cerita hantu. tiba tiba je dia buat mimik muka seram. Bangang betul seram gila dengan dia punya mengilai sekali. Semua cabut lari keluar dewan. Orang kat luar semua pandang kitorang macam banduan baru lepas penjara. Alia meraung lagi. Baby betul si puteri dia boleh ketawa guling guling kat situ,eh tak serik lagi tu. dua kali kitorang cabut lari sebab takut. Puteri punca ni. kan dah kena marah,memang suka kena marah ni kan. 

Ada juga kitorang main konsert konsert pulak dalam kelas time cikgu takda. Kitorang memang jenis manusia yang tak sedar yang tahun ni nak PMR. Lantaklah suara macam katak panggil hujan ke,kambing panggil guruh ke. Yang penting kami enjoy,kami puas. sampai sakit tekak aku nyanyi. Lagu waka waka lah. hindustan lah. nasib tak gangnam style time tuh. tak pasal pasal sembelit budak laki kang gelak kat  kitorang. Hobi kitorang selalu mengusik cikgu khusaini.auww comel je.

Hahaha. Our Memories. Best kayh lepak dengan korang. Please jangan pernah lupakan moments nanti kayh. :')
Nampak tak terserlah kecomelan kami disitu,terserlah romantika kami disitu. hahaha,even berbeza rambut,even aku keding. Kami tetap kawan,kawan,dan kawan selamanya. Kpopers vs Directioners <3 Love you la Fatin Nur Alia. Wakakaka

Friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be able to think  of anything to say and be comfortable in the silence. :)  

I'll miss you 3 Venus.... :')

Saturday 9 March 2013

I Tired Waiting For You

Sometimes I wonder if maybe we'll ever get back together, and then I realize that we'll never really be over. In a way it hasn't changed, but in some ways it has, it's not that we're not meant for each other, I just think maybe we aren't ready for each other.You have no idea how much I want to send you a simple text message. To see how you've been and what's new in your life. Late at night I find myself thinking about all the times you and I had. But I'm too afraid. Mostly because you've moved on with your life while I'm still sitting here wishing you were still by my side.


Dear crush, you would not know it hurt my heart meditating, meditating its pain care. Why would I? Why should I hurt, why I should fall? why should I cry? I got tired of waiting for you. I'm waiting for your text every day. what is the result? there is nothing. I know I do not have to like you, because you still love your ex. your ex more meaningful. not I right? I was a stranger to you. I'm not the one for you, but for me you are everything. reason always smile when you text

Dear crush, hopefully you're happy, I always miss you. sorry I'm too tired to wait you.