Hai cantik Hai hensem

My blog my story

Thursday 27 December 2012

Aku Letih :'(

Awak,kenapa saya harus menangis lagi untuk sekian kalinya? Kenapa awak tak pernah bagi saya happy untuk awak? *tunduk
Awak,tahu tak saya penat dengan semua ni. Saya tahu bagi awak saya tiada apa-apa. Tapi,bagi saya awak segalanya. Awak tahu tak saya tak suka dengan semua ni,saya nak happy awak. Saya nak happy bersama awak? Awak benci saya? Awak bencilah awak. Awak bencilah sebanyak mana awak nak. Tapi saya akan tetap sayang sebanyak mana yang saya nak? Eh? awak saya tak pernah minta apa-apa dari awak. Saya mengalah awak. Saya mengalah *pandang bulan. Awak pun sama je macam ex-BFF saya kan? Nak jauhi juga dari saya? Saya tahu kita tak rapat. Tapi itu hanya luaran,tapi dalaman? Ada tak orang tau? Ada orang tau perasaan awak? Ada orang tau perasaan saya selama ni? ada ke?*lap airmata. Saya berangan,setiap kali saya menangis awak ada,awak tolong lapkan airmata saya. Awak tau kenapa saya jauhkan diri dari awak sekarang,because I Love You sayang. K,dulu saya cuba nafikan sekeras kerasnya yang saya langsung tiada perasaan kepada awak. Tapi awak nak tau? Selagi saya menafikan selagi itulah perasaan yang sama muncul. Kenapa? Kenapa saya harus jatuh cinta kepada orang macam awak. Awak ego! Itulah salah satu sifat awak! Kenapa saya harus mengalirkan airmata kepada orang yang tidak pernah menangis walaupun sekali untuk saya. Kenapa awak? *menjerit,baling bantal* If i cry a thousand Tears because of you,/.Ye, I know I'm stupid. Stupid because to cry for those who never appreciate me even as a friend. I'm an idiot, right?  I'm tired of crying,If you don't notice my tears. It's a waste of water. Saya tak sempurna untuk awak? Saya tahu itu awak.... *pandang bulan. 


Ya ALLAH, beratnya dugaan yang diturunkan kepadaku ini. Kau kuatkanlah hati ku ini menghadapi dugaan ini sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya bersendirian dan bukanla permintaanku setiap apa yang berlaku ini.. Tunjukkanlah jalanMu Ya ALLAH.. aku redha menghadapi dugaanMu ini.. Amin Amin Amin… In Shaa Allah

Assalamualaikum cinta,.. :)

Wednesday 26 December 2012

Lupa Kawan?

Assalamualaikum,and hey hey :'). Tak tau nape mood aku jadi tak menentu hari ini. hmm selalu macam ni. Sebenarnya aku tak nak dah macam ni tau tak! Tapi disebabkan seorang hamba Allah ni aku jadi nak meraung,menjerit pun ada. Sedihlah dia buat macam ni kat aku. Apa salah aku kat dia sampai dia lupa kawan? Aku ada buat salah kat kau ke weyh? Kalau aku ada buat salah kat kau,kau terus terang kat aku. Terus terang lah aku cakap,aku rindu kau,Rindu kau dulu. Dulu kau rapat gile kot dengan aku. Kita dah diibaratkan macam adik beradik. Tapi,asal kau macam ni*tunduk* . Aku tak tau apa salah aku sebenarnya sampai kau jauhkan diri dari aku. Sedih weyh kau buat aku macam ni. Dulu kau selalu tegur aku,aku tak berborak gila-gila dengan kau memang tak sah kan? Dulu kalau aku marah kau k kau sabar je kan? Kalau merajuk kau sabar pujuk aku. Aku tau perangai aku buatkan kau tak selesa. Aku manja kan? Mungkin kerana sifat aku macam keanakan-keanakan membuatkan kau    jadi macam ni kan? Kalau ni masalahnya,k kau terus terang dengan aku,aku cuba berubah. Aku benci kau buat aku macam orang bodoh. Kalau sekarang kau memang jarang nak mampus tegur aku,kalau kau tegur pun tanya benda penting. Sekarang aku yang tegur kau,tapi kau layan gitu-gitu jekan. Aku je macam orang bodoh cakap sorang-sorang. Kau just cakap."ok ok." oh wow!" takde pape pun" k kau tahu tak kau hantar macam tu buat aku sakit hati tau tak! Tapi aku sabar,mungkin kau cuba jaga perasan aku. Kau tau bile aku baca balek conservation kita dari atas hingga bawah. Aku rasa macam "eh? betul ke dye ni? Ya Allah lainnya kau yang dulu". Dulu aku tak banyak cakap tapi kau melebih. Kau buat ayat sweet-2 kat aku. Tapi bila aku tengok yang bawah. Aku rasa macam memang betul kau dah berubah bro. Aku sayangkan persahabatan ini tau tak,kalau dulu aku sanggup temankan  kau sampai tengah malam buta,even mata aku dah ngantuk gile. tapi aku sabar,aku sabar layan kau. Biarlah kau tidur dulu. Aku selalu nak jaga perasaan kau,tapi kau selalu tak faham aku. Kalau aku takde mood,mula kau merajuk. Alolololo aku pun layan kau sebab aku taknak kau kecil hati dengan aku. Sekarang ni,kau dah buat aku macam dah tak wujud dalam hidup kau kan? Mana kau yang dulu? Even aku selalu sakit hati dengan kau,aku tahan semua tu. Aku minta maaf andai kata kalau ada aku tengking tengking kau. Tapi,sumpah weyh. aku langsung takde niat. Mungkin aku tak sedar,. Okay,aku faham sekarang kau dah couple,kau mesti lebihkan awek kau dari kau kan? Tapi takkan kau nak jauh diri dari aku? Kite kawan kot? Asal kau tak boleh kongsi kebahagiaan kau kat aku,Weyh bro,aku pun pernah juga couple. Tapi aku ok je. Takut gf kau cemburu dengan aku? Takde masanya lah. Kau online? ada kau tegur macam dulu? Haram jadah,langsung takde,. Takkan aku juga kot? memang sah kau takkan layan punya kan? Aku tak hot macam kau. Kau ramai peminat. Tapi asal sampai lupa kawan bagai kan? Aku cuba tahan airmata aku,,aku selalu fikir positif kat kau."ouh maybe kau sibuk kan?" "Kau ada keje kan?" kadang kadang aku jadi penat nak pikir semua tu. Sampailah satu saat aku menangis kerana kau. Kau jahat weyh. Kau kejam. Yes kau jahat dan kejam. Kau lupa aku,kau lupa segala-galanya pasal aku. Dulu kau selalu bagi semangat kat aku. Sekarang mana? mana? Kau sombong! Kau sombong. *pandang tingkap,lap airmata. Tak layakkah aku untuk jadi penyokong kau dari belakang? K aku dengan kau jauh beza kan? aku tahu tu. Aku tak sebaik kau,perangai aku lain dengan perangai  kau. Atau sebab tu ke? *tunduk


Aku tak pernah minta pun tuk jadi macam ni,kau yang nak. Aku penat,aku penat. Aku penat dengan semua ni.Pasal kau,pasal kehidupan aku. Awak,sebab sayang awaklah saya lepaskan awak. Sebab saya sayangkan awaklah,saya rehda dengan persahabatan yang tiada penamat ni. Saya rela. Awak dah bahagia kan? Baguslah. Akhirnya awak bahagia even tanpa saya. Saya takkan lupa lawak bodoh awak tu. Hahahaha *lap airmata. Saya takkan lupa semua kenangan indah dan pahit. Biarlah saya yang ingat kenangan tu. Awak adalah kawan baik yang pernah saya jumpa. "Sayang abang banyak banyak." *hahaha rindunya nak panggil macam tu. :'( . Saya izikan awak pergi dalam hidup saya,duhai sahabat maafkan aku andai kata aku banyak melukai hatimu. Biarlah rindu datang menemaniku. Biarlah airmata yang menjadi sahabatku pada setiap malam. Aku rehda tak bereerti aku pasrah. Aku sayangkan kau tau bongok! 






Tuesday 25 December 2012

Dialah Teman Dialah Saudara

Aloha,Assalamualaikum,Asal hujan tak berenti dari tadi ni? Nak mandi pun pikir 10 kali. ececece.so keje aku mengadap komputer. Online and menyanyi sorang-2 di depan komputer. Biarlah adik aku kata aku tak betul. *asah parang. 

Alolololo comel je adik manis tu,K tu maksudnya entry aku yang sebenarnya. Aku nak story sikit tentang kembar tak seiras aku ni. Kami ni dah macam belangkas asal balik kampung tak sah kalau tak berkempit. Memang nak kena berkempit je. Sampai ada orang jeles? Sapa suruh kau jeles? *kunyah obama. 


Atototo,comel tak? Tau dah. Pendek ni memang lah comel . Tapi aku lagi comel dari dye kot. Hahahaha x)

Meh nak intro sikit

Nama:Nurul Syafiqah bt Suhaimi

Umur:12 tahun

T.Tinggal: Kuala Terengganu

Fav color:Purple,that's why aku tukar nama tu jadi purple. x)

Dia ni anak sulung dari tiga orang adik beradik. K perbezaan umur aku dengan dia 2 tahun je kot?. Dia adalah buddyz kesayangan aku. Dia ni memang hantu korea kot. Belake minat korea. Tapi aku tak dah. Saya directioner. ehehehehee. Kami ialah sepupu yang paling kuat berangan. Segala benda nak berangan. Muahahahaha. Kita juga pantang jumpa camera. Kalau enset yang ada kamera pun kiteorang redah je. Well. Btw dia ni pendek woo dripada aku. Hahaha.Terasa juga aku ni tinggi. *gelak adudu. Kami manja kami takkan terpisah. Jangan risau budak pendek ni friendly orangnya. Sometimes aku tak faham juga loghat dia. Yela,manalah aku tau sangat loghat ganu ni. Kalau dia nak minta tolong mesti suruh aku, sayang, aku terima dengan tangan terbuka. Wakakakaka *sorok belakang Niall. :* Btw Thank tau sebab buat entry pasal saya. Huh! Terasa pulak den. Imissyoualways :*

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.” 



Monday 24 December 2012

Kenangan Pahit Biarlah Berlalu Pergi..

Helo,*Lambai tangan. Assalamualaikum. Harini aku dah sihat sikit? Sihat? Aku sakit ke? hmm.. Sihat daripada hati yang terguris untuk sekian lama. Mungkin kita tak selamanya lemah,adakalanya kita kuat. Adakalanya kita bangkit,adakalanya kita jatuh. Kehidupan.. Orang kata diibaratkan roda kadang kadang kita akan jatuh ke bawah dalam keadaan terkapai kapai,kadang kadang kita bangkit dengan semangat baru.Mungkin dulu aku jatuh tanpa sebarang sokongan,tapi aku yakin aku bangkit dengan semangat. Biarlah yang pahit itu pergi,biarlah hati yang terluka ini pulih. Aku penat. Aku penat untuk melalui saat pahit dalam kehidupan. Tahun baru mestilah azam baru kan? Tiada guna nak ingat semua yang telah berlalu. Tak ada guna aku nak ingat orang pernah buat hati aku seksa. Buatapa? Nak buat kolam airmata lagi? Bodoh kan? Mungkin sekarang aku kehilangan. Tetapi,azam baru mesti semangat baru,perubahan yang baru. K nak tau apa azam aku,of courselah nak cemerlang kan? takkan taknak pula kan? Hahaha pecah perut aku gelak,kalau aku ingat kata kata mak aku,"Kalau dapat 7A atau 8A,ma bawa pergi Hawai." Tersembur air aku minum air. haha tak sia sia aku belajar bahasa Hawai selama ni kan? 

In Shaa Allah,Aku akan buktikan ! 


Hawaii,Aku Datang!

Semangat Baru?

Cerita pasal semangat baru ni kan,seperti apa yang dinyatakan diatas tadilah,Kenangan Pahit Biarlah Berlalu Pergi*boleh buat filem lagi* Aku kena bangkit,takkan nak jatuh je kan? Biarlah apa yang berlaku mengajar aku erti tidak putus asa. Tiada yang sempurna atas muka ini,Semangat yang sudah hilang mungkin boleh diganti dengan semangat yang lebih kental. In shaa Allah. Aku akan lupakannya..Amin :')


Perubahan Baru?

Perubahan baru? kk Mungkin aku harus kot buat perubahan yang baru,tapi perangai aku yang gila gila tu,sorilah memang takboleh tinggalkan. Well,you know me? ha? Daa *tangan didada .dari segi sikap malas aku ni. seriusly masa form 2 ni,memang aku malas tahap gaban . bolehlah tu.. Aku memang malas nak belajar that's whylah result aku asyik turun naik,lepas tu turun terus. *gelak adudu. yelah mana taknya time belajar main pensel lah,lukislah,beranganlah. Time tu juga yang nak dibuatnya. Paling aku benci sekali bila time math. Sumpah aku rasa macam nak ponteng je kelas tu.tapi nak camne aku budak baik kan? so next year kena improvelah math aku ni . omaigad! boleh ke? in shaa Allah boleh. tapi next year memang aku kena study hard pun. okay ira ! Study,study,study!!!! :'(




Memang molek sangat kan? haha. Apapun. Wish Luck For Me :')

Saturday 22 December 2012

Release Tension

Aloha,Assalamualaikum :) .tup tup nak bukak sekolah dah. alohhh Najib,mohon cuti lagi  3 bulan please :'( .ehehehehehe. orait . Tension! Tension ! Tension !. Serabut sangat kepala otak aku ni. bermacam macam aku fikir. sampai airmata ni dah kering dah *lap airmata. Bencilah macam ni. *hentak kaki. Harini aku stres sangat . macam macam masalah yang timbul. itulah inilah. Masalah pergi jauh jauh boleh tak. Saya taknak awak! Saya nak Niall je. Lol tukar topik suda. btw Niall comey.aumm. back of the story| 

Nak dijadikan cerita,aku punyalah stres kebiasaannya aku cerita kat kawan kawan aku.Tapi haram sorang pun taktau kat mana. buzy kot. Okay cakap pasal "Buzy" yes! semua sombong dan"Buzy" sangat harini. Omaigadd.. Beli barang sekolah ke? Alolololo. Seharian aku tak online. Tension k,Fb semua sombong,twitter tak yah nak cakap lah. Bunyi katak dengan cengkerik je. -.-. So aku duduklah termenung di depan pintu sambil memikirkan perkara yang erghh.serius annoying! *menjerit* Termenung punya termenung tetiba muncul satu idea yang bernas. Tingg*keluar mentol atas kepala. Aku ajak lah adik aku main permainan masa aku zaman kecik dulu. Main baling selipar lah,konda kondi lah. Main kejar kejarlah. Hahaha penat tapi best.okay itu berkesan untuk aku. Yay dapat lupakan masalah. yuhuuu..

*dan dan je  aku ambil gambar tu,same kot.*gelak adudu
Penat giler kay,haha tak sangka dapat jadi budak-budak balik. Pergilah dapur untuk mengambil segelas air*ececece Bm gua power k* tengah minum sempat lagi termenung,bukan pasal masalah ke ape,tapi pasal seseorang. Omaigad omaigad.*Double what*sambil buat tangan macam Geng Wow gitu* takkanlah aku Terfikir pasal dia kot. Oh no,dia dah sombong kot dengan aku,tegur aku pun sekali sekala. Hati,pleaselah janganlah kau cakap yang aku suka dia,Tak mungkin,! :O. Aku tengah tension janganlah sampai aku lagi serabut pasal dia. Dia buat aku macam anak patung je*lap airmata. Takpelah manusia kan boleh berubah. :)

Harap hari esok lebih baik dari harini,:') Selamat malam*dah pukul 12 pun :D

Friday 14 December 2012

Siapa aku kepada mereka?

Assalamualaikum,tak tahu kenapa aku sedih je arini,Rindu kot. Kat siapa? Okay aku rindu,Ayu ,aku rindu,Jah,aku rindu akim,aku rindu aiman,aku fatin. aku rindu semuanya. Ya Allah,rindunya aku.. Korang tau aku selalu mimpi korang. Korang tau tak?*menjerit. Korang takkan tahu ! korang takkan tahu semua tu.Aku rindu kenangan yang dulu. Korang ingat tak,masa bulan puasa kita curi curi minum air tebu.hahaha Ayu lah yang paling pelahap sekali,sampai habis satu jag...aiyokk,lepas je sahur kita main kat luar.. Aku ingat lagi,pukul 7 pagi kita terus main . pepagi buta tu beb..annoy kan kita? nakal kan kita? Korang ingat tak,kita selalu cerita hantu. hahaha .kita pasal rumah mok. yang berhantu.pasal sejarah rumah tu,sampaikan kita menangis bila terkenangkan semua tu,dulu kita selalu sama sama kan? tidur sama ,makan sama.kalau boleh mandi pun nak sama. Kita selalu lepak atas bukit. best kan? Masa salah sorang dari kita nangis. Mesti ada je menyokong. "Sabar ,k sabar". Kalau sorang susah,pasti semuanya susah. Kita buddyz takkan terpisah :) . Kalau aku tengah nangis,korang ada.

Tapi kan itu dulu *ulang suara*Itu dulu!!

Sekarang,siapa lagi nak macam tu? kalau aku tengah nangis,aku nak mengadu kat sape? Aku selalu berharap bila aku menangis,kawan kawan aku ada,korang ada. Aku nak korang peluk aku. Korang pujuk aku.Tapi itu semua kawan-kawan aku yang buat. Aku menangis diorang ada,diorang peluk aku,diorang pujuk aku. Aku tahu aku menjadi sangat lemah bila aku takde sesiapa. Aku tak kuat weyh/.. Masa korang tinggalkan aku. Aku tak kuat. Korang jauhkan aku? Kenapa? sebab ada orang ketiga! kan! korang cakap. cakap lah,korang ada pengganti aku ! Bila aku dengan kawan-kawan aku,bila dorang menyokong aku,aku tenang,aku kuat! Aku lupakan korang. Tapi sampai bila? sampai bila weyh? Korang ingat tak,kita selalu ketawa sama-sama. sekarang? "pengganti aku tu gantikan aku! Sampai hati korang kan? Ayu,Faizah a.k.a jah. korang jahat kan? Korang tinggal aku dalam keadaan terkapai kapai,Korang jahat !!!!!!!! *lap airmata


I'm alone without you guys :(

Dear Friend,Tiqah,Zati,Najwa,Fatiha. Please jangan tinggalkan aku. Aku perlukan korang untuk menyokong aku. Aku tahu aku tak kuat macam korang. Korang kuat korang tabah. Izinkan aku untuk tenggelam dalam pelukan korang,untuk menangis di bahu korang,untuk ketawa dengan korang,untuk bergurau dengan korang. Izikan aku. Andai saja kita terpisah,biarlah hati yang menguatkan perhubungan kita. Korang selalu ada untuk aku. Izzati kata aku kuat? Aku tabah? Zati,aku minta maaf,aku tipu! Tanpa korang,aku tak kuat ! Korang mesti tahu Aku Sayang Korang banyak banyak!

Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah,kau kuatlah hati kami,kau kuatkanlah hubungan kami. Mungkin pelbagai dugaan yang kau berikan,mungkin pelbagai cabaran yang kau berikan. Kami jalani dengan tabah. Kami tempuhi dengan ikhlas. Ya rabbi, Kau restukanlah persahabatan ini. Amin Ya rabbal Al alamin

Bila kau pergi jauh
ingatlah aku
Bila kau di sampingku
Peluklah tubuhmu

Bila kau rindu aku
Panggil namaku
Ku datang menemuimu

Kau pegang erat tanganku
Jangan lepaskan
Kau tetap disini
Arungi malam

“Jadilah seperti Patrick yang selalu menerima & menemani SpongeBob apa adanya bukan ada apanya.” 

Saturday 1 December 2012

Mendung kan berganti

Assalamualaikum,ehem ehem,dah hampir sebulan kan awak tak jumpa awak. secara jujur awak,saya rindu segala galanya tentang awak. see? rindu nak tengok "dimples" kamu? mana awak mana? *jeling. alaaaa..hmmmm.. awak secara jujurnya saya cakap sebelum kita tamat persekolahan sesi 2012. saya dah buat keputusan saya nak lupakan awak.. haha apalah kau ira kau cakap je pandai. hati ni nak ke terima apa yang kau cakap ? nak nak nak? hmmm . 5 bulan awak . ulang suara ! 5 BULAN. saya tunggu awak. tunggu cinta awak . okay jom kita lihat hasilnya.... TIADA KAN AWAK ?? apa yang saya dapat selama 5 bulan. cukup saya melawan kata kawan-2 saya. sometimes saya fikir. "Cinta itu akan hadir satu hari nanti . " ouh statment yang mengarut . hmm . depan kawan saya selalu ketawa. Like this 

Whoaaa tengok senyuman adik manis itu. omey tak.. hahahhaha.. Fake Smile je tu.. :3

Macam itulah saya bila berdepan dengan kawan kawan saya. Tapi di belakang diorang ? Like This



Haa tengok ? Tak tahu kenapa. :(  
Cuba tengok tajuk kat atas "Mendung kan Berganti" nak tahu kenapa ? Sesudah hujan pasti akan muncul sang matahari yang menyinari hari hari kita pasti akan muncul sang pelangi yang mencorakkan jalur jalur yang indah. Begitu juga kehidupan,penderitaan pasti akan berganti dengan kegembiraan. Mendung tidak semestinya selamanya. Mendung kan berganti.Mungkin saya hari ini Allah beri saya kekecewaan . Mungkin satu saat nanti Allah hantar orang yang terbaik untuk ganti kecewa itu dengan senyuman. Jodoh itu adalah rahsia-Nya. Ouh awak tahu haritu saya stalker fb awak. *hari hari tau* Nampaknya mendung awak pun kan berganti kan ? Mungkin ada orang yang jadi Matahari untuk menyinari hati awak dan menjadi pelangi untuk mencorakkan jalur jalur bahagia dalam hati awak.Wah ! Tahniah Tahniah *tepuk tangan :') Semoga Bahagia ye Awak. Kita selamanya kawan. Sayang awak sekadar kawan sudah memadai.  Wassalam.