Hai cantik Hai hensem

My blog my story

Tuesday 31 July 2012

awak,saya tak kuat.

Sara sedang memasak di dapur untuk makan malam. Riz datang memeluknya dari belakang.

“awak nie buat saya terkejut je.”

“tak boleh saya nak peluk wife saya sendiri.”

“siapa kata tak boleh,saya kan milik awak.”sambil mencubit manja pipi suaminya

“yela,saya pun milik awak sekarang.” Riz membalas cubitan itu kembali.

Tiba tiba airmuka Riz berubah.Wajahnya seperti serba salah. Sara perasan akhirnya bertanya kepadanya.

“kenapa sayang?”

“awak,saya baru dapat call tadi saya harus ke Penang untuk tender syarikat. Saya harus pergi selama seminggu.”

Sara hanya tersenyum. Dia memegang tangan riz. Lalu dia berkata

“walau sejauh mana pun awak,saya tetap cintakan awak tuhan telah takdirkan awak untuk saya.”

“tapi..saya tak sanggup untuk tinggalkan awak. Saya rasa serba salah.”

“sayang,listen itu kan masa depan syarikat. Lagipun company itu daddy dah amanatkan untuk awak takkan awak nak lepaskan. Saya boleh jaga diri. Trust me dear.”

“saya sayang awak.”sambil mencium dahi isterinya.

“saya pun sayang sangat awak.”

Riz pun akan bertolak ke Penang. Sara berat hati riz tinggalkan dia,tapi dia tetap kuat ini pun untuk masa depan company. Dia mencium tangan suaminya walaupun sebak tapi sembunyikan perasaan itu.

Take care honey.”

‘bye.”sambil melambaikan tangannya kearah suaminya. Perlahan-lahan kereta Honda city meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Telefon Sara berdering.Dia baru lepas solat terus mengambil telefonnya lalu menjawabnya. Tiba-tiba telefonnya terjatuh ke lantai. Dia tidak menyangka jawapan yang didengari olehnya. Riz kemalangan! Ya Allah,apa yang baru terjadi ini? Dia bergegas bersiap untuk pergi ke hospital. Di situ ramai keluarga riz yang sedang menunggu. Dia mendapat tahu riz kritikal dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Sara seakan akan terkedu seketika,airmatanya tidak berhenti mengalir berharap agar riz akan sembuh.

Riz mengalami koma dan tidak tahu waktu bila dia akan sedar. Sara melihat ke bilik ICU itu,airmatanya mengalir dengan laju. Yana yang bersama farisya ke hospital itu memenangkannya agar banyak bersabar dan banyak berdoa kepada Riz. Sara masih lagi keadaan terkejut. Dia melihat riz dengan kepalanya dan tangan berbalut. Sara lemah melihat keadaan suaminya sebegitu.

“awak,awak sedarlah. Saya tunggu awak!”

Sara bersandar di kerusi tiba tiba seorang lelaki iaitu adik kepada riz datang kepadanya.

“kak,abang riz mesti sedar. Dia ada kak Sara dia ada kami semua,saya kenal dia. Dia adalah seorang lelaki yang kuat.”

“tapi kak tak kuat tengok dia baring macam itu. Akak tak kuat aril.”

“akak sayang dia kan? Akak kena kuat. Akak kena kuat kerana cinta akak kepada abang. Saya yakin cinta boleh menguatkan seseorang.” Aril memegang tangan kakak iparnya.

Sara tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ialah hanya berdoa supaya suaminya akan sedar. Dia tabah dan rehda dengan dugaan ini,kerana dia tahu tuhan ingin menunjukkan kebesaran cinta dia kepada suaminya. Dia masuk ke bilik ICU itu dan duduk di samping suaminya lanats dia memegang tangan suaminya dengan erat.

“saya tahu awak dapat dengar kan?”

“awak,saya sayang sangat kat awak. Awak tahu saya sunyi tanpa gurauan awak,saya rindu dengan nyanyian suara awak. Awak saya harap sangat awak sembuh demi saya. Saya cuba kuat awak. Saya kuat juga kerana saya tahu awak ada di dalam hati saya. Awak selalu muncul dalam mimpi indah saya.”

Tanpa disedari,airmatanya riz mengalir,tetapi Sara tidak menyedarinya. Dia terus memegang erat tangan riz dan merebahkan kepalanya di pangkuan suaminya.

Hari ini,sudah hampir lima hari riz tidak sedarkan diri. Sara setia menjaganya dia sanggup tidak makan dan minum dia tidak kisah dengan keadaan butiknya. Semuanya diserahkan kepada Zarina semata mata untuk menemani riz. Yana berusaha memujuknya agar makan.

“Sara,kau tak boleh lah macam terus kau kena makan. Nanti kau sakit pula.”

“aku tak ada selera lah Yana. Kau je lah yang makan.”

“Sara,listen to me. Mana Sara yang aku kenal dulu yang selalu tabah. Mana Sara,mana hilangnya sifat kau itu.”

“Sudahlah Yana,kau tahu tak aku cuba kuat. Aku cuba tapi semakin aku cuba semakin aku rasa putus asa dengan semua ini. Aku penat Yana.”

Sara terus meninggalkan Yana yang terpinga-pinga keseorangan. Sara duduk di sebuah bangku. Dia mengimbau kembali saat-saat indah dia bersama riz. Dia teringat sewaktu riz membawanya ke sesuatu tempat. Di situ ada sebuah bukit yang boleh Nampak seluruh ibu kota itu. Riz memegang tangan Sara dan menyanyikan sebuah lagu untuknya.

“awak,promise okay walau apa pun yang terjadi awak jangan tinggalkan saya. Kalau awak tinggalkan saya,saya kejar awak sampai ke hujung dunia sekali pun untuk mendapatkan cinta awak kembali.”

Sara tergelak kecil.

“saya akan selalu mencintai awak. Saya berjanji kepada awak saya takkan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadi.”

“cuba awak letak tangan awak dekat jantung saya. Jantung saya berdegup kencang sebab ada cinta awak dalam hati saya.”

“hmm, dan awak cuba pula tengok awan itu dia seolah membentuk hati dan awak tahu apa maknanya? Itu maknanya hati riz selalu ada di hati Sara.”

“sayang,tunggu sini kejap.”

“awak nak pergi mana?”

Riz mengambil akar kayu itu dan menbentuk seperti mahkota. Dia memakainya kepada Sara. Sara sungguh terkejut dia sudah masak dengan perangai riz yang selalu membuat kejutan.

you look so beautiful sayang.”

“awak ini memang suka bagi kejutan and thank sebab mahkota yang cantik ini. Errm kenapa awak bagi saya yek?”

“Sebab awak nampak sangat cantik bila memakainya. Awak adalah pemaisuri di dalam hati saya.”

riz mencium dahi Sara. Sara hanya tersenyum dia bahagia di samping riz. Dia bersyukur kerana tuhan menetapkan jodoh yang betul untuknya. Sara bersandar di bahu riz.

“awak,kalau saya mati adakah awak masih mencintai saya.”

Sara terkejut bila riz berkata sebegitu. Dia terus meletakkan jari telunjuknya ke mulut riz.

“sayang,please jangan cakap macam itu lagi. Saya nak ada selalu di samping awak,kalau awak mati saya akan ikut awak.”

Riz hanya tersenyum. Dia mengusap rambut Sara,dia takkan tinggalkan isterinya dan itulah janjinya.

P/S:Aku suka menulis then ini adalah salah satu hasil penulisan aku..

Sayang,saat indah kita berdua mustahil untuk saya lupakan. awak seolah pelangi cinta bagi hidup saya. awak lah yang selalu mewarnai hari-hari saya. saya tak kuat untuk menempuhi cabaran tanpa awak suamiku... Cinta,i need you.

No comments:

Post a Comment